Harian Metro

Muktamad rakan strategik MAB akhir tahun ini

-

Kuala Lumpur: Khazanah Nasional Bhd dijangka memuktamad­kan rakan strategik Malaysia Airlines Bhd menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, sayap pelaburan kerajaan itu menerima cadangan daripada lebih 20 pihak untuk mengambil alih syarikat penerbanga­n negara yang bermasalah itu.

“Cadangan itu gabungan antara pengurus dana, syarikat penerbanga­n global dan serantau selain pelabur,” katanya di luar Forum Khazanah Megatrends 2019 di sini, semalam.

Beliau berkata, Khazanah akan dapat mengemukak­an beberapa cadangan kepada kerajaan sebaik saja proses penilaian dimuktamad­kan.

Julai lalu, Khazanah melantik Morgan Stanley untuk meneroka pilihan strategik memulihkan Malaysia Airlines, termasuk potensi menjual kepentinga­n.

Shahril Ridza berkata, pelantikan Morgan Stanley penting bagi Khazanah untuk mendapatka­n pelabur berpotensi kerana ia mengutamak­an penasihat bebas menjalanka­n kajian daya maju pelaburan menilai proses komersial dan perniagaan.

“Ini bagi memastikan kerahsiaan terjamin, sambil memastikan prosesnya adil,” katanya.

Khazanah percaya Malaysia Airlines masih mempunyai nilai intrinsik dan menyasar untuk mendapatka­n perkongsia­n yang tepat untuk merealisas­ikan nilai syarikat penerbanga­n negara itu.

“Khazanah menjangka menyuntik RM1.3 bilion bagi tahun ini. Ia pelaburan untuk mengekalka­n syarikat penerbanga­n itu dengan kos operasinya,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan Khazanah menyuntik RM800 juta ke dalam Malaysia Airlines melalui syarikat peganganny­a, Malaysia Aviation

Group Bhd.

“Khazanah menjangka menyuntik RM1.3 bilion bagi tahun ini Shahril Ridza

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia