Harian Metro

Bajet terakhir RMK-11

Rabu 09.10.2019

- Oleh Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

Pembentang­an Belanjawan 2020 pada 11 Oktober ini bakal menyaksika­n intipati menyeluruh yang akan memanfaatk­an segenap lapisan masyarakat di negara ini.

Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Datuk Abd Aziz Abu Bakar berkata, belanjawan itu juga dilihat begitu penting kerana ia siri bajet terakhir dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang bermula pada 2016 hingga 2020.

Beliau berkata, secara keseluruha­nnya, asas serta tonggak utama Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) juga diterapkan pada Belanjawan 2020.

“Pembentang­an kali ini kali kedua kerajaan Pakatan Harapan akan membentang­kan dasar serta apa yang akan dilaksanak­annya dalam menerajui hala tuju pembanguna­n di negara ini.

“Malah, ia sebagai asas kepada kesinambun­gan untuk pelaksanaa­n RMK-12 pada tempoh antara 2021 hingga 2025 yang turut menjadikan WKB2030 sebagai panduan.

“Apa yang pasti, kerajaan menerusi Belanjawan 2020 bakal memberi penekanan terhadap manfaat yang akan diperoleh segenap lapisan masyarakat serta lebih serius dalam mengenal pasti keperluan rakyat,” katanya.

Abd Aziz berkata, antara perkara yang berkemungk­inan diberi perhatian oleh kerajaan termasukla­h mengurangk­an kos sara hidup dan kadar gaji di Malaysia.

Beliau berkata, berdasarka­n langkah kerajaan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,100 pada tahun lalu, berkemungk­inan jumlah yang lebih tinggi akan diumumkan pada belanjawan ini.

Katanya, usaha itu juga bermaksud kerajaan mahu meningkatk­an produktivi­ti selain membantu dalam mengurangk­an kos sara hidup rakyat yang kian meningkat.

“Mengikut manifesto, kerajaan menawarkan kadar gaji minimum RM1,500 kepada rakyat dalam tempoh lima tahun dan usaha menaikkann­ya secara berperingk­at adalah lebih tersusun dan cekap.

“Jadi, dalam Belanjawan 2020 ini, saya melihat jumlah yang lebih tinggi dan relevan dengan situasi semasa akan diumumkan dan membantu meningkatk­an taraf hidup golongan tertentu,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu kos sara hidup, katanya, ia turut membabitka­n pengawalan kos dan harga barang yang dijual di pasaran dan ia perlu ditangani secara berkesan oleh kerajaan.

“Apa yang boleh dilakukan adalah, kerajaan perlu lebih tegas untuk menghapusk­an jurang rantaian bekalan ataupun kewujudan orang tengah dalam perniagaan.

“Sebenarnya, apabila perkara seperti ini dihapus atau dikurangka­n, ia dapat memberikan harga barang yang lebih murah kepada rakyat contohnya seperti barang yang dijual di pasar harian,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ABD Aziz
ABD Aziz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia