Harian Metro

Menu terbaharu Pizza Hut

-

Kuala Lumpur: Pizza Hut Malaysia akan memperkuku­hkan kehadirann­ya dalam pasaran negara ini dengan memperkena­lkan lebih banyak produk baharu yang lebih menarik dan berinovasi.

Ketua Pegawai Pemasarann­ya, Jean Ler berkata, usaha sedemikian bertujuan menarik lebih banyak pelanggan khususnya daripada golongan muda.

“Kami akan terus memberi tumpuan bagi menyediaka­n kemudahan, keenakan dan pengalaman piza terbaik kepada pengguna dengan memperkena­lkan menu baharu yang inovatif.

“Membawa bersama pengalaman selama 37 tahun dalam pasaran di negara ini, kami sentiasa mahu menjalin hubungan baik bersama pelanggan menerusi produk dari jenama ini.

“Jadi, kepelbagai­an dan inovasi adalah cara kami dalam memperting­katkan kehadiran dalam kalangan pengguna di negara ini,” katanya selepas majlis pelancaran Pizza Black Volcano di sini, semalam.

Jean berkata, tahun ini, tiga jenis piza edisi terhad diperkenal­kan dan mendapat sambutan hebat.

Katanya, proses penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) menghasilk­an menu baharu piza edisi terhad mengambil masa sembilan bulan.

“Pizza Durian Cheese diperkenal­kan dua bulan lalu antara menu piza yang diterima ramai dan terbaharu, Pizza Black Volcano yang boleh didapati untuk masa

Kami akan terus memberi tumpuan bagi menyediaka­n kemudahan, keenakan dan pengalaman piza terbaik kepada pengguna dengan memperkena­lkan menu baharu yang inovatif”

Jean Ler

terhad saja.

“Pizza Black Volcano adalah piza pertama seumpamany­a di Malaysia didatangka­n bersama kerak berwarna hitam diperbuat daripada doh yang diadun bersama arang,” katanya.

 ?? FOTO: SAIFULLIZA­N TAMADI ?? POIGNANT (empat dari kiri) bersama wakil penjual dalam talian pada pelancaran Sidang Kemuncak Lazada WECOMMERCE 2019.
FOTO: SAIFULLIZA­N TAMADI POIGNANT (empat dari kiri) bersama wakil penjual dalam talian pada pelancaran Sidang Kemuncak Lazada WECOMMERCE 2019.
 ??  ?? PIZZA Black Volcano ditawarkan pada harga bermula daripada RM44.50 bagi set ala carte untuk saiz biasa.
PIZZA Black Volcano ditawarkan pada harga bermula daripada RM44.50 bagi set ala carte untuk saiz biasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia