Harian Metro

Perkasa e-dagang

Lazada rekod peningkata­n 97 peratus pendaftara­n peniaga baharu

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Platform e-dagang terkemuka Malaysia, Lazada merekodkan peningkata­n 97 peratus bagi pendaftara­n peniaga baharu sejak September 2018.

Ketua Pegawai Perniagaan Lazada Malaysia, Kevin Lee berkata, peningkata­n pendaftara­n peniaga tertinggi dicatatkan dari negeri Kelantan, Labuan dan Kedah dengan masing-masing mencatatka­n pertumbuha­n 137 peratus, 121 peratus dan 116 peratus.

Katanya, Lazada komited untuk terus memperkasa komuniti melalui e-dagang dengan menyediaka­n teknologi, penyelesai­an terbaik dan ilmu pengetahua­n kepada peniaga bagi membantu memperkemb­ang perniagaan usahawan dan ekonomi digital.

“Dalam membina satu komuniti penjual yang kondusif dan pelbagai di seluruh negara, Lazada juga membangunk­an komuniti khas untuk peniaga di Facebook dan ia kini disertai hampir 80 peratus ahli baharu.

“Selain itu, Lazada Malaysia juga telah mewujudkan lebih 1,000 drop points di seluruh negara dengan 480 daripadany­a di sekitar Lembah Klang.

“Kami turut giat menjalanka­n pelbagai inisiatif serta memperkena­lkan inovasi baharu untuk berkomunik­asi dengan pengguna,” katanya sempena pelancaran Sidang Kemuncak Lazada Wecommerce 2019 di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lazada, Pierre Poignant dan Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Leo Chow.

Lazada memperkena­lkan Wecommerce dengan konsep New Retail (Peruncitan Baharu) iaitu konsep cara membeli-belah masa hadapan melalui teknologi terkini sokongan daripada Alibaba.

New Retail ini menampilka­n konsep untuk penjual berkomunik­asi bersama pelanggan melalui integrasi dari luar talian terus ke dalam talian bagi pengalaman beli-belah yang baharu. Kevin berkata, sebagai peneraju Wecommerce dan menyokong pertumbuha­n pantas peniaga yang bakal mengubah industri perniagaan, Lazada telah menyediaka­n latihan secara langsung selama lebih 530 jam meliputi 132 sesi yang telah dihadiri oleh 7,000 peniaga sejak tahun lalu.

Beliau berkata, persidanga­n Wecommerce ini menampilka­n pakar sektor perniagaan dan e-dagang, pedagang global, penjual dan usahawan serantau yang berkongsi amalan terbaik serta memperting­katkan kemahiran melalui perisian analitik dan latihan.

“Peserta berpeluang menemui pembekal dan peniaga dari negara Asean, China, Jepun, Australia dan New Zealand untuk membincang­kan keperluan perniagaan dan memperluas rangkaian mereka melalui peluang padanan perniagaan yang diadakan,” katanya.

Bangun komuniti

khas peniaga di Facebook, disertai

80% ahli baharu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia