Harian Metro

Pembunuh bersiri terkejam

Rabu 09.10.2019 Bekas peninju bunuh lebih 90 wanita, FBI anggap pembunuh bersiri paling ramai mangsa

- Agensi

Bekas peninju, Samuel Little kini dianggap pihak berkuasa Amerika Syarikat sebagai pembunuh bersiri paling ramai mangsa di negara itu selepas banduan terbabit mengaku membunuh lebih 90 wanita sejak 1970.

Menurut Biro Siasatan Persekutua­n (FBI), Samuel yang dipenjarak­an sejak 2012 selepas disabitkan dengan tiga pembunuhan itu, memberitah­u penyiasat dia bertanggun­gjawab terhadap lebih 90 pembunuhan dari 1970 hingga 2005.

Dalam kenyataan, FBI mengumumka­n pihaknya yakin pengakuan lelaki boleh dipercayai dan sehingga kini sudah mengesahka­n 50 kes.

Samuel, 79, yang menjalani beberapa hukuman penjara seumur hidup di California sebelum dipindahka­n ke penjara Texas berkata, dia membunuh 93 orang, sebahagian besarnya dicekik dan hampir semuanya wanita.

Ramai mangsanya dianggap mati akibat mengambil dadah berlebihan, kemalangan atau sebab tidak diketahui. Sebahagian mayat mangsa tidak akan ditemui selama-lamanya.

FBI menyiarkan 30 lakaran mangsa lelaki itu yang dilukis oleh Samuel ketika di dalam penjara.

FBI menyediaka­n laman web Confession­s of a Killer (Pengakuan Seorang Pembunuh) dan memuatkan lakaran terbabit serta sejumlah rakaman video pengakuan Samuel kepada Ranger Texas dari dalam penjara.

Dalam satu video itu, Samuel menceritak­an bagaimana dia membunuh wanita kulit hitam di New Orleans pada 1982 yang ditemuinya di majlis harijadi.

Dia membawa wanita berusia 30-an atau 40-an itu dengan keretanya ke satu terusan.

“Saya memegang kaki dan mengheretn­ya ke dalam air. Itu satu-satunya pembunuhan saya lakukan dengan melemaskan mangsa.

“Saya tinggalkan dia dengan kepala dan badan dalam air. Paha dan kakinya berada di tebing,” kata Samuel.

Dia juga mengaku mencekik wanita kulit hitam di North Little Rock, Arkansas, antara 1992 dan 1994 yang menurutnya bernama Ruth. Samuel menyasar penagih dadah dan pelacur sebagai mangsa pembunuhan­nya.

Penganalis­is jenayah ganas FBI, Christie Palazzolo berkata, walaupun lelaki itu sudah dipenjarak­an, penting kepada FBI mendapatka­n keadilan untuk semua mangsanya.

Samuel ditahan di rumah perlindung­an gelandanga­n di Kentucky pada 2012 dan dihantar ke California untuk kesalahan dadah.

Pihak berkuasa kemudian mendapati bukti DNA dikaitkan dengan tiga pembunuhan di Los Angeles antara 1987 hingga 1989 iaitu tiga wanita dipukul dan dicekik dengan mayat mereka dibuang di tempat pembuangan sampah dan garaj.

Mereka kemudian mendapati dia ada kaitan dengan pembunuhan di Odessa, Texas dan Ranger Texas Ranger datang ke California untuk menyoalnya di penjara, Mei tahun lalu.

Dia memberi senarai 90 nama mangsanya serta lokasi pembunuhan serta melakar wajah mangsa.

Samuel membesar di Ohio dan hidup gelandanga­n sejak muda. Dia pernah ditahan kerana mencuri serta ketagihan arak dan dadah.

Samuel sasar penagih dadah dan pelacur sebagai

mangsa bunuh

 ??  ?? SEBAHAGIAN 30 lakaran wajah mangsa yang dibunuh Samuel (gambar tengah). - Fail FBI
SEBAHAGIAN 30 lakaran wajah mangsa yang dibunuh Samuel (gambar tengah). - Fail FBI
 ??  ?? AUDREY Nelson, 35, dan Rosie Hill antara yang dibunuh Samuel.
AUDREY Nelson, 35, dan Rosie Hill antara yang dibunuh Samuel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia