Harian Metro

Apa Turki, Amerika, Kurdish mahu?

Turki buat persiapan terakhir lancar serangan di utara Syria

-

Tidak sampai 24 jam selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumka­n pengundura­n tentera Amerika dari utara Syria, meninggalk­an sekutu Pasukan Demokratik Syria (SDF), pesawat Turki mula mengebom kawasan sempadanny­a sebagai persediaan untuk menawan wilayah berkenaan. Apa yang Turki Mahu? Turki mahu mewujudkan zon selamat selebar 32 kilometer hingga ke utara Syria bagi menjauhkan anggota Unit Perlindung­an Rakyat Kurdish (YPG) yang dianggap pengganas oleh Ankara dari sempadanny­a.

Sempadan Syria dengan Turki, kira-kira 480 kilometer sempadan dari Sungai Furat di barat hingga ke Iraq di timur dikuasai SDF yang majoritiny­a pejuang YPG.

Turki menyatakan mahu menempatka­n kira-kira dua juta pelarian Syria di zon selamat. Namun, Kurdish mendakwa Turki mahu mengurangk­an pengaruh Kurdish di rantau itu dengan menempatka­n pelarian Arab Sunni yang kini tinggal di barat daya Turki.

Selama beberapa minggu, Turki dan Amerika berunding mengenai zon selamat berkenaan tetapi Ankara percaya Pentagon tidak berminat menyebabka­n ia mula membuat persediaan untuk menyerang.

Rumah Putih kemudianny­a mengeluark­an kenyataan Turki akan meneruskan operasi yang sudah lama dirancang di utara Syria dan tentera Amerika akan berundur.

Apa pula puak Kurdis mahu?

Bagi Turki, YPG adalah cabang Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang melancarka­n pemberonta­kan sejak 35 tahun lalu dan dianggap pengganas.

Pejuang YPG adalah barisan hadapan dalam tentera pakatan diketuai Amerika menentang Daish di Syria. Amerika membekalka­n kewangan dan senjata kepada YPG sejak 2014 serta serangan udara.

Kurdish menganggap perang di Syria memberi peluang untuk mewujudkan wilayah separuh autonomi membabitka­n wilayah Syria dan Turki.

Mereka kini bimbang pengundura­n tentera Amerika akan mencetuska­n pembersiha­n etnik oleh Turki, kebangkita­n semula Daish atau serangan oleh tentera Syria yang dibantu Russia dan Iran.

Apa Amerika mahu? Trump enggan bertanggun­gjawab terhadap ribuan militan Daish serta keluarga mereka yang ditawan, termasuk 2,000 militan asing, kebanyakan­nya dari Eropah yang ditahan di penjara Syria.

Kira-kira 10,000 militan dari Syria dan Iraq juga ditahan di situ manakala hampir 58,000 keluarga mereka ditempatka­n di kem khas.

Trump melihat tindakan meninggalk­an sekutu Kurdish sebagai memenuhi kempen pilihan rayanya untuk tidak terbabit dalam “perang tiada kesudahan” di rantau itu.

Selepas dikecam hebat susulan pengumuman pengundura­n, Trump kini mengancam untuk ‘memusnahka­n’ ekonomi Turki jika ia bertindak melampaui batas.

 ??  ?? KUMPULAN bersenjata Syria yang disokong Turki bergerak ke sempadan kedua-dua negara di utara Aleppo sebagai persediaan memerangi Kurdish. - AFP
KUMPULAN bersenjata Syria yang disokong Turki bergerak ke sempadan kedua-dua negara di utara Aleppo sebagai persediaan memerangi Kurdish. - AFP
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia