Harian Metro

PANDAI AMBIL HATI PENONTON

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Penangan penyanyi baharu menjayakan Mini Konsert #KEKJAM bersempena Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus

Zon Tengah Ahad lalu membuktika­n BudakBudak Baru Nak Up (BBNU) terus mendominas­i industri.

Meskipun cuma lima penyanyi iaitu Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Nabila Razali, Muna Shahira dan Amir Hasan yang membuat persembaha­n, ia cukup membuatkan Dewan Berlian, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor gamat.

Hakikatnya, kemunculan mereka dinantikan peminat yang rata-rata penuntut institusi pengajian berkenaan. Paling penting, masing-masing berusaha memberikan aksi mantap meskipun sekadar mini konsert.

Bagaimanap­un, semangat menghibur setiap penyanyi terbabit wajar dipuji memandangk­an mereka pandai mengambil hati lebih 2,000 penonton yang hadir. Lebih istimewa, penonton juga ‘sporting’ dalam memberikan sokongan kepada penyanyi kesayangan mereka.

Contohnya, Muna begitu selesa berinterak­si dengan penonton. Bukan setakat mengajak penonton menyanyi bersama lagu dipersemba­hkannya termasuk Temberang

Terima kasih disebabkan sudi memeriahka­n dan setia menanti persembaha­n kami semua. Saya sangat seronok dan berbesar hati dengan kehadiran anda semua MUNA Penyanyi angkatan baharu pamer aksi mantap pada Mini Konsert #KEKJAM

nyanyian asal Ayda

Jebat, malah tidak kekok mendekati mereka.

Dia bahkan berjaya menggamatk­an suasana apabila memberitah­u dirinya juga seorang ‘gamer’. Apalagi, rata-rata yang hadir adalah golongan muda dan peminat e-sukan berkenaan.

“Untuk pengetahua­n semua, saya juga bermain permainan maya. Kalau sudi, ikutilah akaun saya.

“Terima kasih disebabkan sudi memeriahka­n dan setia menanti persembaha­n kami semua. Saya sangat seronok dan berbesar hati dengan kehadiran anda semua,” katanya.

Selain lagu temberang, Muna turut menyanyika­n single Teguh Setia.

Turut menggamatk­an suasana ialah Nabila yang tampil bersahaja namun cukup mesra penonton dengan keletahnya. Penonton pun ramai yang hadir daripada kalangan peminat penyanyi Vroom Vroom itu.

Dia menggunaka­n sebaik-baiknya peluang yang cukup singkat itu dengan berceloteh dengan mereka. Penyanyi yang turut mempersemb­ahkan lagu Pematah Hati itu sempat menyatakan rasa syukurnya dengan sambutan hebat diberikan penonton.

Paling menggamatk­an suasana semestinya penampilan dua penyanyi pujaan ramai, Haqiem dan Wany. Mereka tarikan utama dalam persembaha­n itu.

Meskipun cuma menyanyika­n dua lagu, sudah cukup memberikan kenangan indah kepada penonton bahkan ramai mengambil peluang untuk berswafoto sepanjang acara itu.

Mini Konsert

#KEKJAM itu bertujuan menghiburk­an penonton dan bukan saja menghimpun­kan bakat e-sukan IPT tempatan tetapi juga peminat setiap artis yang membuat persembaha­n.

Setakat ini, #XPAXKEK menghimpun­kan lebih 18 artis popular tanah air yang bersama-sama

 ?? FOTO ?? WANY cukup menghiburk­an.
FOTO WANY cukup menghiburk­an.
 ??  ?? HAQIEM mesra melayan peminat.
HAQIEM mesra melayan peminat.
 ??  ?? MUNA seronok bertemu peminat.
MUNA seronok bertemu peminat.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia