Harian Metro

PEMINAT BAGAIKAN DIRASUK

Awie harap sokongan sama pada konsert solo 15 Februari tahun depan di Stadium Malawati

- Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@hmetro.com.my

Seperti diserang histeria. Itulah yang dialami lebih 500 peminat Wings sebaik kumpulan kesayangan mereka mengadakan persembaha­n Sunday Night Live di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Biarpun hanya ada tiga anggota asal iaitu Datuk Awie selaku penyanyi,

Eddie (bass) dan Black (dram) persembaha­n pada konsert itu ternyata memukau.

Mendapat sokongan dua bekas gitarisnya, Syam dan Edrie Hashim, Wings mendapat tepukan gemuruh sebaik memulakan aksi di pentas jam 10.30 malam.

Peminat yang memenuhi ruang premis bagaikan dirasuk apabila Awie mendendang­kan lagu pertama mereka berjudul Alam Barzakh.

Usianya yang menjengah 51 tahun bukan penghalang apabila Awie memberikan persembaha­n bertenaga menerusi lagu Sembunyi, Romania, Ingatkan Dia dan Jerangkung Dalam Almari.

Persembaha­n mantap kumpulan itu membuktika­n Wings tetap relevan, malah memiliki peminat setia biarpun sudah 34 tahun bertapak dalam industri hiburan tanah air.

Awie ternyata tidak pernah mengecewak­an apabila memberikan keyakinan dalam setiap nyanyian, malah vokalnya tetap sama seperti dahulu.

Saat yang dinanti akhirnya tiba apabila lagu Sejati dipersemba­hkan malah peminat samasama menyanyika­n karya ‘berhantu’ itu.

Kehangatan konsert kian memuncak apabila Awie menyampaik­an menerusi lagu Dalam Kehadiran

Sofea, Intan Ku Kesepian, Mabuk Tujuh Lautan, Awang Trasher dan Sekeping Kertas Bermaruah.

Dalam konsert berkenaan, bekas vokalisnya, Mus dan isteri turut sama memberikan sokongan sehinggala­h tiga lagu terakhir, Misteri Mimpi Syakilla, Lipas Kudung dan Peronda Jaket Biru dipersemba­hkan.

Awie menghargai sokongan berterusan peminatnya sejak dulu, kini dan selamanya.

“Anda peminat setia kami tidak kira di mana juga berada. Terima kasih semua penyokong, anda tidak pernah lekang atau jemu bersama Wings,” katanya.

Menurut Awie, dia mengharapk­an sokongan sama apabila bakal menjayakan Konsert Awie Romantika di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 15 Februari tahun depan.

“Sebagaiman­a anda sayangkan Wings, anda juga sayangkan Awie maka berilah sokongan sama seperti ini nanti,” katanya.

Anda peminat setia kami tidak kira di mana juga berada. Terima kasih semua penyokong, anda tidak pernah lekang atau jemu bersama Wings

AWIE

 ??  ?? WINGS sentiasa memukau dalam setiap persembaha­n.
WINGS sentiasa memukau dalam setiap persembaha­n.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia