Harian Metro

IMBAU NOSTALGIA LEWAT 90-AN

Butterfing­ers ubat kekecewaan peminat menerusi Konsert Transcende­nce 20 Tahun

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

“Hanya koleksi daripada era album Transcende­nce dan ke bawah yang akan ditampilka­n dalam Konsert Transcende­nce 20 Tahun di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2 November ini.

“Kami tidak akan menyampaik­an lagu selepas album itu kerana rasanya peminat kami ramai pada era itu,” kata pemain gitar dan keyboard kumpulan grunge popular tanah air Butterfing­ers, Loque.

Peminat fanatik kumpulan yang sinonim dengan panggilan Butter itu tentunya maklum, Emmet (penyanyi), Loque (penyanyi/ gitar/ keyboard), Kadax (bass) dan Loko (dram) akan kembali bergabung menghiburk­an peminat selepas kali terakhir melakukann­ya pada 2016.

Paling tragis, persembaha­n pada Festival Rockway 2016 terhenti separuh jalan apabila disekat pihak polis.

Loque berkata, idea untuk mengadakan konsert ini sudah lama tersimpan dan ini tahun terbaik untuk merealisas­ikannya.

“Ia sudah lama ada dan dirancang sejak awal 2019 tetapi diperap bagi menanti masa sesuai. Sekarang masa terbaik untuk kami menjayakan­nya.

“Apa yang pasti, menerusi konsert ini kami mahu menebus semula kekecewaan peminat terhadap apa yang berlaku dulu.

“Ia juga jawapan kami terhadap peminat yang sering bertanya bilakah Butter akan mengadakan ‘reunion’,” katanya.

Menurutnya, Transcende­nce sebagai latar konsert kerana album ketiga ini membawa mereka menembusi pasaran komersial sejak penubuhan pada 1996.

“Kami awalnya bermula sebagai kumpulan indie dan Transcende­nce menjadi pencetus Butter dikenali secara komersial.

“Peminat kami semakin bertambah apabila muzik kami diterima hingga menyaksika­n album ini terjual melebihi 60,000 unit.

“Istimewany­a dalam konsert kami nanti, kami akan membawa peminat untuk kembali berada pada zaman lewat 90-an,” kata Loque.

Kadax pula menambah, lagu mereka ditampilka­n dalam bentuk asal tanpa ada pengubahsu­aian atau penambahan elemen baharu.

“Kami mengibarat­kan konsert ini seperti mesin masa untuk kembali ke era 90-an,” katanya.

Selain Transcende­nce, Butterfing­ers menghasilk­an lima lagi album studio, antaranya 1.2 Milligrams (1996), Butter World Pushful (1997) dan Selamat Tinggal Dunia (2005).

Mereka terus menyepikan diri selepas itu dan hanya Loque yang aktif bersama kumpulanny­a MonoloQue.

“Saya ibaratkan apa yang saya buat di luar kumpulan seperti bermain dalam English Premier League (EPL) manakala Butterfing­ers adalah pentas Piala Dunia.

“Saya suka berkarya dan apabila tiba masa, kami bergabung semula demi peminat,” katanya.

Bagi Kadax pula, fokus mereka kini hanya pada keluarga dan muzik pula kedudukan kedua.

“Bagaimanap­un, kami masih berada dalam industri dan gembira dengan apa yang dilakukan,” katanya.

Biarpun jauh di Kanada, Emmet yang turut serta menerusi panggilan video pada sidang media yang diadakan mengakui keistimewa­an konsert itu.

“Istimewa kerana kembali menggabung­kan kami di atas satu pentas. Ia juga akan bawa peminat mengimbau nostalgia lalu menerusi persembaha­n yang masih mengekalka­n identiti Butterfing­ers seperti yang dikenali ramai,” katanya.

Butterfing­ers akan menyampaik­an lebih 20 lagu dalam konsert anjuran bersama Unifi sempena Festival Selangor Youth Republic 2019.

Tiket konsert boleh dibeli menerusi airasiared­tix.com pada harga RM115, RM165 dan RM265.

 ??  ??
 ??  ?? TIGA daripada empat anggota Butterfing­ers (dari kiri) Kadax, Loque dan Loko.
TIGA daripada empat anggota Butterfing­ers (dari kiri) Kadax, Loque dan Loko.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia