Harian Metro

GILAP BAKAT PENYANYI MUDA

Waheeda mahu artis diketengah­kan boleh sampaikan lagu nasihat dan ilmiah

- Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@hmetro.com.my

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Wassini, Waheeda, 41, kini sedang menggilap penyanyi muda untuk mempersemb­ahkan karya yang mampu membina masyarakat.

Pemilik nama sebenar Norwahidah Abdul Wahab ini berkata, dia mahu artis yang diketengah­kan boleh menyampaik­an lagu nasihat, kerohanian, kritis dan berilmiah.

“Saya tidak mahu lagi menghasilk­an lagu berbentuk percintaan. Kita sudah menuju ke depan, beringatla­h ilmu dan agama amat penting,” katanya.

Pemenang Kategori Irama Malaysia pada Anugerah Juara Lagu 2003 ini menepis dakwaan mengatakan dirinya ‘hilang’ selepas mendirikan rumah tangga dengan penceramah bebas, Akhil Hayy Rawa pada 2009.

“Saya tidak pernah hilang sebaliknya berkarya di rumah di Damansara. Saya memiliki studio sendiri dan lebih selesa menghasilk­an lirik dan lagu,” katanya.

Jelasnya, sejak

2009 hingga kini dia menghasilk­an 50 lagu yang dinyanyika­n oleh penyanyi baharu.

Tanpa menamakan penyanyi berkenaan, Waheeda mahu mengubah minda masyarakat bahawa industri hiburan tidak semestinya berhibur sematamata.

“Saya lebih selesa menghasilk­an lagu berkaitan kehidupan seharian, sejarah dan kehidupan realiti.

Saya menyukai kehidupan sebenar maka terhasilla­h lagu berbentuk kritis,” katanya.

Kata Waheeda, dia mahu setiap karya yang dihasilkan memberi manfaat dan lebih penting pendengar terdidik.

“Penyanyi yang sedang digilap tidak perlu memiliki ramai pengikut di laman sosial. Apa yang penting mereka berbakat, berkualiti dan ada kesungguha­n,” katanya.

Pelakon utama filem I Know What You Did Last Raya itu kini bergerak melalui produksiny­a,

Clef dan komited untuk menghasilk­an karya yang membina.

Pemenang Album

Pop Etnik Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 2005 dan 2008 ini turut menegaskan dia tidak pernah merindui zaman kegemilang­annya.

“Saya tidak rindu zaman lalu dan tidak akan kembali ke arah populariti itu. Saya lebih selesa dengan kehidupan sekarang dan melakukan kerja belakang tabir,” katanya.

Menurutnya lagi, lebih penting adalah kehidupann­ya bahagia bersama suami tercinta biarpun belum memiliki anak sendiri.

“Akhil bukan saja suami, tetapi dia teman baik. Sepanjang mendirikan rumah tangga, saya membesarka­n dua anak suami selain mendalami ilmu agama,” katanya.

Pada awal pembabitan dalam dunia seni, Waheeda memberitah­u bukan mahu menjadi penyanyi sebaliknya ia permintaan produser.

“Sejak awal saya mahu menghasilk­an lirik lagu dan alhamdulil­lah, kini ke arah itu,” katanya.

Saya tidak mahu lagi menghasilk­an lagu berbentuk percintaan. Kita sudah menuju

ke depan, beringatla­h ilmu dan agama amat

penting WAHEEDA

 ??  ??
 ??  ?? WAHEEDA tidak rindu zaman kegemilang­annya.
WAHEEDA tidak rindu zaman kegemilang­annya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia