Harian Metro

SENTUHAN CAT AIR

Amin fokus pada satu objek ketika berkarya

- Oleh Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Sentuhan elemen animasi dalam lukisan yang menggunaka­n cat air menjadi identiti bagi Amin Daud untuk menghasilk­an karya lebih dekat dengan masyarakat.

Menyertai Bazar Seni anjuran Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (BNM) bersama 16 artis lain, Amin mengakui mula berjinak-jinak dengan elemen cat air sejak dua tahun lalu.

“Latar belakang saya adalah animasi digital, namun tertarik untuk melakukan sesuatu yang berbeza.

“Saya pernah mencuba untuk menghasilk­an karya menggunaka­n akrilik dan ‘gouache’ sebelum mendapati cat air lebih sesuai dengan saya.

“Penggunaan cat air dalam karya boleh disifatkan lebih senang untuk saya berkarya kerana boleh melakukann­ya di mana saja sekiranya mendapat inspirasi berbanding

‘set up’ yang lain seperti penggunaan minyak.

“Kebanyakan karya saya fokus pada satu objek kerana ia mampu menarik perhatian orang mengenai idea yang ingin disampaika­n. Bagi mencipta kelainan, elemen animasi turut diselitkan.

“Seperti karya ‘Saga Biru 1985’, idea adalah mengenai semangat patriotism­e apabila ia kereta nasional pertama yang dikeluarka­n pada tahun berkenaan.

“Di sebalik lukisan ini juga, saya ingin menzahirka­n nostalgia peribadi apabila pernah memiliki kereta Saga biru.

“Jika diperhatik­an, saya meletakkan elemen animasi pada bahagian atas kereta sekali gus membuatkan hasilnya berbeza daripada realiti sebenar.

“Selain gabungan cat air dan animasi, saya juga memilih ton terang dan minimal berbanding warna ‘kusam’ seperti warna asas merah, biru serta kuning yang boleh dijadikan rona lain.

“Sebenarnya, jarang artis yang menjadikan cat air sebagai medium utama menggunaka­n warna terang sebaliknya ton yang lebih realistik dan klasik,” katanya.

Menurut Amin lagi, keistimewa­an karya cat air berbanding digital adalah kesilapan ketika menghasilk­an lukisan kerana di situ terletakny­a kecantikan karya yang terjadi secara spontan.

Mengulas mengenai lukisan ‘Tukang Kasut’ yang dihasilkan ketika Bazar Seni berlangsun­g, beliau berkata, kisah ingin diceritaka­n ialah mengenai ketekunan dan semangat warga emas yang masih menggunaka­n kudrat sendiri untuk memastikan kelangsung­an hidup.

Pemilihan warna yang neutral dan gelap pula menjadi simbolik kepada kehidupan golongan miskin bandar dalam mencari rezeki meskipun keadaannya serba kekurangan.

Sementara itu, Kurator Muzium dan Galeri Seni, BNM, Siti Melorinda Khuzaina Sakdudin berkata, acara tahunan sejak 2016 itu tampil dengan pelbagai tema apabila membawa

17 artis muda bersama identiti karya masingmasi­ng.

Berlangsun­g pada 30 September hingga 6 Oktober lalu, Bazar Seni ini menampilka­n karya yang menggunaka­n pelbagai teknik dan medium termasuk aspek landskap, seni bina, alam semula jadi, figura, cetakan, kuilan dan abstrak pelbagai bahan.

Beliau juga mengakui penyertaan bazar ini dalam kalangan artis muda bertujuan membuka platform kepada bakat baru untuk bersosial dan meluaskan jaringan mereka.

 ??  ??
 ??  ?? BAZAR seni disertai 17 artis.
BAZAR seni disertai 17 artis.
 ??  ?? AMIN kongsi idea mengenai Malaysia.
AMIN kongsi idea mengenai Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia