Harian Metro

AGIHAN SUSU DUA KALI SEBULAN

Penganjur sasar 600 penerima babitkan lapan blok PPR Selain agihan susu, kami juga mengagihka­n barang dapur sehinggala­h kepada bekalan bahan basah

- Oleh Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Sekurang-kurangnya dua kali sebulan agihan susu dilakukan membabitka­n lapan blok Program Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Lembah Pantai Kuala Lumpur yang menyasarka­n sekurangku­rangnya 600 penerima.

Susu yang diagihkan itu adalah sumbangan syarikat kesihatan berasaskan tenusu dalam menyokong usaha murni Persatuan Kebajikan Sukarelawa­n Komuniti Kuala Lumpur kepada kepada komuniti PPR.

Menurut sukarelawa­n PPR Sri Pantai Blok 100 dan 102, Zuriani Hashim, bukan sekadar susu, malah pihaknya turut membantu mengagihka­n pelbagai barangan keperluan harian yang diterima daripada orang perseorang­an atau korporat.

“Di blok kami sahaja ada lebih 100 keluarga terdiri daripada ibu tunggal, warga emas daif dan uzur serta asnaf yang memerlukan pelbagai bantuan setiap hari. Namun, jumlah bantuan diterima kadangkala tidak mencukupi dan terpaksa melakukan agihan secara giliran.

“Tetapi untuk agihan susu ini terbuka kepada semua kerana tidak eksklusif untuk golongan sasaran semata-mata. Ketika ini keperluan yang mendesak ialah barangan dapur seperti beras, minyak, tepung selain susu dan lampin kerana ada segelintir keluarga terutama ibu tunggal menghadapi masalah terputus bekalan.

“Sedihnya ada yang menemui kami apabila tidak sanggup melihat anak-anak mengikat perut,” katanya yang juga mengharapk­an lebih banyak pihak menyumbang kepada bekalan barangan harian.

Bagi wakil sukarelawa­n PPR Kerinchi Jasvinder

Kaur, meskipun sumbangan itu dilihat kecil, penduduk sangat menghargai­nya.

“Sekecil-kecil sumbangan seperti sekotak susu hinggalah pelbagai barangan harian termasuk barangan basah diagihkan kepada penduduk. Pada mata pihak luar mungkin sumbangan kami ini kecil sahaja tetapi bagi golongan berpendapa­tan rendah di PPR, ia sangat membantu.

“Saya berharap lebih banyak pihak dapat menyumbang kepada persatuan agar lebih banyak barang keperluan dapat diberi kepada golongan memerlukan,” katanya.

Sementara itu, setiausaha persatuan Manivannan Letchumana­n berkata, pengagihan bantuan

MANIVANNAN

menerusi persatuann­ya bersandark­an prinsip telus dan tiada diskrimina­si.

Ini kerana golongan sasaran melangkaui bangsa dan agama apabila barisan sukarelawa­n yang menjalanka­n kerja kemasyarak­atan itu turut diwakili pelbagai kaum.

“Menerusi komuniti ini, pelbagai kaum membantu antara satu sama lain dalam setiap agihan barang. Selain agihan susu, kami juga mengagihka­n barang dapur sehinggala­h kepada bekalan bahan basah seperti sayur dan ayam.

“Bantuan bermusim pula seperti agihan wang zakat kepada asnaf Muslim turut dijalankan. Meskipun saya bukanlah Muslim, tetapi turut membantu dalam agihan wang berkenaan yang diterima daripada individu perseorang­an,” katanya.

Pihaknya berharap lebih ramai memberi sumbangan pelbagai barangan mahupun wang ringgit dalam membantu lebih 600 keluarga yang memerlukan. Bagi yang berminat untuk menyumbang boleh menghubung­i persatuan menerusi FB Manivannan Letchumana­n.

 ??  ?? KANAK-kanak teruja ketika agihan susu dijalankan.
KANAK-kanak teruja ketika agihan susu dijalankan.
 ??  ?? MANIVANNAN (kiri) dan Jasvinder (dua dari kanan) bersama wakil syarikat yang menyumbang susu.
MANIVANNAN (kiri) dan Jasvinder (dua dari kanan) bersama wakil syarikat yang menyumbang susu.
 ??  ?? ZURIANI (kanan) membantu mengagihka­n barangan kepada penduduk.
ZURIANI (kanan) membantu mengagihka­n barangan kepada penduduk.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia