Harian Metro

Tawar ganjaran lebih RM500,000

-

AEON BiG (M) Sdn Bhd menawarkan lebih banyak ganjaran kepada pelanggann­ya selama 96 hari sehingga 31 Disember ini sempena sambutan ulang tahunnya yang ketujuh bertemakan ‘7 Wonderful Anniversar­y’.

Pengarah Urusannya, Masayoshi Masuda berkata, perjalanan sepanjang tujuh tahun ini sememangny­a cukup bermakna dan ia tidak boleh dikecapi tanpa sokongan dan keyakinan pelanggan serta rakan kongsi perniagaan.

Katanya, pihaknya akan terus menawarkan promosi dan tawaran terbaik yang akan memacu pelanggan untuk terus berbelanja di AEON BiG.

“Untuk menunjukka­n penghargaa­n kepada pelanggan dan kakitangan, kami menawarkan hadiah lebih setengah juta ringgit menerusi Peraduan Big Win & Fly Big.

“Bertepatan cogan kata ‘Celebratio­n Our Milestone With You’ dan sebagai menunjukka­n penghargaa­n kepada pelanggan dan kakitangan, kami menawarkan hadiah bernilai daripada RM500,000 menerusi Peraduan Big Win & Fly Big.

“AEON BiG juga akan memberikan promosi hebat, tawaran hujung minggu dan perkongsia­n eksklusif bersama rakan niaga kami bagi memberikan yang terbaik kepada pelanggan sepanjang 96 hari itu,” katanya selepas majlis perasmian sambutan Ulang Tahun Ketujuh yang Hebat di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP), Chong Chieng Jen.

Kata Masayoshi, AEON BiG juga menawarkan harga bermula dengan nombor 7 seperti RM0.70, RM7, RM70 dan diskaun 70 peratus untuk pembelian unit kedua serta banyak lagi aktiviti menarik sepanjang sambutan ulang tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Chong berkata, walaupun terpaksa berhadapan cabaran untuk membina nama bagi memasuki pasaran, kini syarikat itu berjaya membuktika­n keupayaan mereka.

“Inisiatif yang diambil AEON BiG dengan membuat pengecuali­an yuran penyelesai­an bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menyenarai­kan barangan mereka di pasar raya besar ini dan menawarkan tempoh pembayaran 30 hari juga

adalah sesuatu yang cukup membanggak­an.

“Ini adalah inisiatif terbaik dimainkan oleh pemain besar di pasaran dan kami memerlukan usaha seperti ini untuk memberi manfaat kepada industri kecil dan juga pengguna,” katanya.

Peraduan ini memberi peluang kepada pelanggan memenangi hadiah bernilai RM500,000 termasuk kad hadiah Aeon Big, barangan elektrik seperti peti sejuk, mesin basuh, televisyen LED dan tujuh pemenang utama berpeluang memenangi baucer percutian untuk dua orang bernilai RM30,000.

Selain aktiviti di pasar raya besar, kedai dalam talian AEON BiG di Shopee juga menawarkan promosi khas dan tujuh pembeli bertuah yang membuat belian sehingga 30 November ini berpeluang memenangi mesin basuh bernilai RM1,349 setiap satu.

 ??  ?? MASAYOSHI (tiga dari kiri) dan Chong memotong kek ulang tahun ketujuh
AEON BiG.
MASAYOSHI (tiga dari kiri) dan Chong memotong kek ulang tahun ketujuh AEON BiG.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia