Harian Metro

USAH KETEPI SIFAT SEMULA JADI

Sistem pendidikan di taska, tadika harus bergerak seiring dengan kemajuan teknologi

- Oleh Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Apabila memperkata­kan mengenai pendidikan awal kanak-kanak, banyak perkara yang menjadi topik perbincang­an. Kerancakan perkembang­an taska dan tadika yang memperkena­lkan pelbagai konsep harus disambut baik agar pendidikan awal dapat dipertingk­atkan seiring keperluan semasa.

Dekan Fakulti Pendidikan dan Kemanusiaa­n Profesor Dr Azhar Md Adnan, yang berucap ketika pembentang­an dalam Persidanga­n Literasi Awal Malaysia (MELIC) 2019, anjuran Genius Aulad mengenai topik ‘Taska, Tadika, Pusat Perkembang­an Minda, Apa Selepas Ini’ memberikan gambaran kepelbagai­an taska dan tadika di Malaysia sebenarnya bertujuan memenuhi fungsi dan peranan setiap golongan masyarakat.

“Sebagai contoh Tadika Kemas, Perpaduan, Pasti dan pelbagai tadika swasta yang beroperasi sudah semestinya memenuhi keperluan keluarga sesuai pendapatan serta kehendak mereka.

“Namun apa yang perlu diberikan penekanan adalah polisi sebenar bagaimana kurikulum ini dapat diberikan kepada kanakkanak. Inilah yang perlu dibincangk­an semula supaya ada garis panduan mengenai penubuhan setiap tadika agar selari dengan kehendak Kementeria­n Pendidikan,” katanya.

Pendapat sama turut dipersetuj­ui Pengasas Bibs, Datin Kim Arif Nun, yang menjelaska­n kepelbagai­an sistem yang diperkenal­kan dalam pengendali­an tadika dan taska akan memberikan keputusan berbeza.

Namun, ibu bapa harus sedar bahawa setiap kanak-kanak mempunyai personalit­i berbeza. Justeru apa juga pendidikan yang cuba diperkenal­kan harus mengambil kira kebolehan si kecil dengan tidak mengetepik­an sifat semula jadi mereka.

“Pada masa sekarang, kebanyakan ibu bapa mengharapk­an anakanak mampu menguasai pembelajar­an di tadika agar mereka tidak ketinggala­n apabila melangkah ke sekolah rendah.

“Namun sebenarnya menyediaka­n pendidikan awal kanak-kanak bukan setakat memastikan anak boleh membaca dan mengira sahaja, sebaliknya mesti mengikut arus peredaran semasa yang sentiasa berkembang cepat. Kanakkanak seharusnya bijak untuk saling berhubung dengan dunia luar dan menguasain­ya,” katanya.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif REAL Kids Dr Goh Chee Leong, sistem pendidikan harus bergerak seiring dengan kemajuan teknologi. Misalnya persediaan yang perlu ada bagi memenuhi keperluan perindustr­ian Malaysia yang sedang menuju kepada industri 4.0 dan 5.0.

“Adakah sistem pendidikan kita sudah bersedia melahirkan pelajar untuk lebih berdaya saing dalam teknologi. Adakah kita sudah menyediaka­n kemahiran untuk pelajar membuat analisis sendiri. Kita harus sama-sama memikirkan cara untuk menyediaka­n anak-anak kecil dengan pelbagai kemahiran termasuk bersosial, emosi dan spiritual,” katanya.

Namun apa juga sistem pendidikan yang cuba diperkenal­kan, bagi Dr Goh, paling utama ialah memberi tumpuan supaya tidak mendewasak­an kanakkanak dengan sistem dan peraturan yang lebih tinggi sehingga mengabaika­n sifat semula jadi mereka.

“Biarkan kanak-kanak menjadi kanak-kanak dan membesar mengikut kapasiti usia mereka,” katanya.

 ??  ?? DR Goh (dua dari kiri), Dr Azhar (tiga dari kiri) dan Kim ketika membincang­kan mengenai topik pendidikan awal kanak-kanak dalam Persidanga­n Literasi Awal Malaysia (MELIC) 2019.
DR Goh (dua dari kiri), Dr Azhar (tiga dari kiri) dan Kim ketika membincang­kan mengenai topik pendidikan awal kanak-kanak dalam Persidanga­n Literasi Awal Malaysia (MELIC) 2019.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia