Harian Metro

Promosi celik bahasa Inggeris

-

Bagi 142 murid tahun enam Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kheng Chee, Puchong, ia adalah hari yang sangat menyeronok­kan apabila mereka berpeluang menyertai bengkel bahasa Inggeris anjuran guru dan kakitangan Sekolah Antarabang­sa Sunway (SIS).

Bengkel ini adalah projek komuniti SIS bagi mempromosi­kan celik bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di sekolah rendah di sekitar Lembah Klang. Setiap tahun, guru dan kakitangan SIS mengadakan sekurangku­rangnya satu bengkel percuma di empat sekolah di daerah itu.

Menurut Pengetua SIS Kondro, bengkel diadakan bertujuan menggalakk­an pelajar berbahasa Inggeris, dalam persekitar­an santai dan menyeronok­kan, berbanding suasana di bilik darjah.

“Bengkel dikendalik­an guru bertauliah dari Kanada dan sesi selama dua jam ini sangat efektif serta memberi manfaat kepada pelajar dan guru. Pada masa sama pelbagai alat bantuan pembelajar­an dan permainan digunakan dalam mempromosi­kan cara yang menyeronok­kan untuk belajar seperti permainan berbahasa dan mengenal perkataan.

“Pembabitan guru dalam projek komuniti ini setiap tahun dapat membantu pelajar memecahkan norma dan tidak mengelak untuk berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris,” kata Kondro.

Inisiatif ini juga sejajar dengan visi Yayasan Jeffrey Cheah untuk memberikan nilai kepada masyarakat melalui pendidikan. Tahun ini, sekolah lain yang akan dikunjungi oleh SIS ialah SK Taman Megah, SJK (C) Chen Moh, dan SJK (C) Sungai Way.

Selain itu, biasiswa akademik SIS turut ditawarkan kepada pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ia diberikan dalam bentuk pengosonga­n 25 peratus yuran pengajian, ditawarkan sebagai insentif untuk menggalakk­an pelajar terus berusaha mencapai kecemerlan­gan dalam pelajaran mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia