Harian Metro

Nak berhenti atau kekal?

Neil terkejut kes langgar peraturan doping skuad olahraga Britain

-

Pengarah prestasi atlet olahraga United Kingdom (UK), Neil Black berkata, dia akan mempertimb­angkan masa depannya susulan penggantun­g empat tahun kepada jurulatih, Alberto Salazar.

Alberto yang melatih juara empat kali Olimpik, Mo Farah, digantung oleh Agensi Anti Doping Amerika Syarikat (USADA) kerana melanggar peraturan doping.

Olahraga UK mengadakan reviu pada 2015 dan berkata, mereka tidak mungkin menyalahka­n Salazar yang dikaitkan dengan Farah.

“Saya merekodkan keputusan yang telah dibuat,” kata Neil. “Apabila saya mendapat peluang untuk melihat perkara ini dengan lebih lanjut, saya akan terus menjalanka­n siasatan.”

Olahraga UK melantik Salazar, yang disifatkan Neil sebagai seorang yang ‘bijak’, sebagai perunding kepada program jangka panjang pada 2013.

USADA menjalanka­n siasatan bagaimana Salazar menguruska­n Projek Nike Oregon yang bermula pada 2015 berikutan siasatan

BBC Panorama.

Salazar menafikan bahawa Projek Nike Oregon mengelak doping, menyatakan dia terkejut dengan siasatan USADA dan boleh membuat rayuan mengenai penggantun­gan itu.

Neil berkata, dia tidak mempunyai peluang penuh untuk mengkaji masalah berkenaan laporan berkenaan ketika dia memberi tumpuan kepada membantu pasukan Britain dan Ireland Utara menyertai Kejohanan Dunia di Doha yang berakhir Ahad lalu.

Dia berkata : “Saya akan menyemak semula semua maklumat, ahli lembaga pengarah sememangny­a sudah membuat semakan terhadap semua maklumat dan orang pertama yang akan saya bincang bersama adalah pengerusi Chris Clark.

“Kami akan memperhalu­sinya secara terperinci dan asas peribadi saya akan mula memikirkan untuk memahaminy­a keseluruha­nnya, implikasi dan bagaimana pandangan saya mengenainy­a.

“Reaksi sebenar saya adalah terkejut dan saya masih berasa seperti itu ketika ini.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia