Harian Metro

Tiga pengendali hilang kerja

-

Itali: Tiga jurulatih kelab ternama Eropah dipecat dan direhatkan majikan masing-masing berikutan prestasi merudum pasukan kendalian mereka.

Eusebio Di Francesco muncul pengendali pertama Serie A dibuang musim ini oleh Sampdoria semalam, susulan enam kekalahan dalam tujuh aksi pertama.

“Presiden Massimo Ferrero dan Sampdoria mengumumka­n mereka bersetuju secara muafakat bersama Eusebio Di Francesco dan staf teknikal untuk menamatkan hubungan profesiona­l mereka,” menurut satu kenyataan kelab.

Warga Itali, Di Francesco, yang dipecat oleh AS Roma Mac lalu, dilantik oleh Sampdoria pada Jun namun berakhir kurang empat bulan memegang peranan itu. Pemecatann­ya disahkan dua hari selepas kekalahan 0-2 di Hellas Verona, Sabtu lalu, yang mana pasukannya menghuni tangga tercorot dengan tiga mata.

Di Perancis pula, Olympique Lyonnais berpisah dengan jurulatih Sylvinho dan menamakan Gerald Baticle sebagai pengendali sementara, umum kelab Ligue 1 itu.

Lyon menghuni tangga ke-14 carta dengan sembilan mata selepas sembilan perlawanan, menang dua aksi di bawah kendalian Sylvinho, seri tiga dan kalah empat.

Perlawanan terakhir kendaliann­ya adalah ketika kalah 0-1 kepada musuh setempat St Etienne, Ahad lalu.

Pasukannya bertindak lebih bagus dalam Liga Juara-Juara, meraih empat mata daripada dua perlawanan untuk menduduki tangga kedua Kumpulan G.

Sementara, kelab Sepanyol yang bersaing di La Liga, Espanyol memecat jurulatih David Gallego selepas lapan perlawanan musim ini dan menggantik­annya dengan bekas pengurus Sevilla dan Girona, Pablo Machin.

Gallego meninggalk­an Espanyol di tangga kedua tercorot dalam kedudukan liga dengan lima mata, menang satu aksi La Liga, seri dua dan kalah lima.

Ahad lalu, kelab itu tewas 0-2 di tangan kelab yang turut bermasalah Real Mallorca. Reuters

 ??  ?? SANCHO
SYLVINHO
GALLEGO
Lyon menghuni tangga ke-14 carta dengan sembilan mata.
Gallego meninggalk­an Espanyol di tangga kedua tercorot dalam kedudukan liga dengan lima mata.
SANCHO SYLVINHO GALLEGO Lyon menghuni tangga ke-14 carta dengan sembilan mata. Gallego meninggalk­an Espanyol di tangga kedua tercorot dalam kedudukan liga dengan lima mata.
 ??  ?? DI FRANCESCO Di Francesco dipecat oleh AS Roma Mac lalu.
DI FRANCESCO Di Francesco dipecat oleh AS Roma Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia