Harian Metro

Tak risau kena pecat

Kedudukan Solskjaer selaku pengendali United tidak terancam

-

Ole Gunnar Solskjaer bimbang Manchester United mungkin mencatat kekalahan dalam perlawanan tumpuan pada 20 Oktober ini di gelanggang sendiri berdepan seteru utama, Liverpool.

Solskjaer meletakkan kesimpulan ‘masa sesuai’ buat United untuk bangkit selepas rehat antarabang­sa berikutan permulaan terburuk semusim dalam tempoh 30 tahun di bawah kendaliann­ya.

Pengendali berusia 46 tahun itu dikatakan masih mendapat sokongan daripada Naib Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward dan ahli lembaga kelab berkenaan.

Begitupun, pengendali Norway itu tetap berdepan tekanan atau mungkin dipecat jika United mencatat kekalahan teruk kepada pendahulu liga Liverpool di Old Trafford.

Kekalahan 1-0 kepada Newcastle menyaksika­n skuad bimbingan Solskjaer menghuni tangga ke-12 Liga Perdana Inggeris (EPL) dan hanya dibezakan dua mata daripada zon penyingkir­an. Liverpool pula semakin melonjak dengan 17 kemenangan berturut-turut daliga. lam

Kekalahan 1-3 United di Anfield

pada Disember lalu meragut nasib Jose Mourinho dan mengulangi kekalahan memalukan mungkin menyebabka­n masa depan Solskjaer bersama kelab itu malap.

United hanya menang dua daripada 13 perlawanan terakhir Liga Perdana di bawah kendalian pengurus dari Norway itu dengan hanya tiga gol berjaya diledakkan dalam enam perlawanan terakhir termasuk ketika menentang kelab kerdil, Rochdale serta Astana di Liga Europa.

Sekalipun ada jaminan kedudukan bekas penyerang itu tidak terancam dan kelab kekal komited dengan program jangka masa panjang yang dirangka olehnya.

United mengakui betapa proses peralihan memakan masa dan kekal menyokong penuh pengurus berkenaan.

Ketiadaan beberapa pemain utama antaranya Paul Pogba, Anthony Martial, Luke Shaw, Jesse Lingard, Victor Lindelof, Aaron Wan-Bissaka, Phil Jones dan Eric Bailly menjadi punca kekalahan skuad berkenaan di St James Park.

Solskjaer meminta maaf kepada peminat susulan kekalahan itu dan David de Gea serta penyerang Marcus Rashford mengakui situasi itu tidak boleh diterima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia