Harian Metro

Rintis imej berbeza

Edisi sulung ToP 2019 mampu ubah persepsi arena perlumbaan berbasikal negara

- Oleh Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Edisi pertama perlu berada dalam landasan baik bagi menunjukka­n perlumbaan ini lengkap. Jika penilaian (daripada komisar) bagus, sudah pasti akan memohon untuk menaik taraf ke peringkat seterusnya dan ke peringkat paling tinggi dalam kalendar UCI”

Emir Abdul Jalal

Sesuai dengan slogan ‘Storm The Weather’ yang dilaungkan, perlumbaan Tour of Peninsular (ToP) 2019 dari 15 hingga 19 Oktober ini dijangka mengubah persepsi terhadap perlumbaan berbasikal di Malaysia.

Penganjur ToP 2019, Motoshoot Event Sdn Bhd, merancang beberapa pendekatan baharu bagi menjayakan edisi pertama perlumbaan sulung berstatus 2.1 di negara ini.

“Kami akan bayar kepada pelumba dan pasukan bertanding sebelum mereka menaiki kapal terbang pulang.”

Ia antara komitmen syarikat berkenaan yang disuarakan Ketua Pegawai Operasi (COO) ToP 2019, Emir Abdul Jalal untuk perlumbaan yang menawarkan wang kemenangan berjumlah RM329,500 itu.

Sekiranya berjaya dilaksanak­an, ia adalah pendekatan baharu yang diperkenal­kan di negara ini selepas penganjura­n perlumbaan sering terpalit dengan isu penganjura­n perlumbaan yang liat melunaskan hadiah kemenangan.

Malah terdapat penganjur yang membatalka­n perlumbaan saat akhir walaupun terdapat pasukan yang sudah berada di Malaysia sekali gus memberikan imej buruk kepada arena berbasikal negara di kaca mata pasukan di seluruh dunia.

Bagaimanap­un ToP menjanjika­n kelainan dari segi wang kemenangan apabila menyatakan komitmen untuk menyean lesaikanny­a secara tunai sebaik perlumbaan lima peringkat itu berakhir.

Malah syarikat berkenasud­ah melunaskan bayaran 80 peratus kepada semua kontraktor yang terbabit bagi membolehka­n mereka melaksanak­an dan menjayakan perlumbaan dengan bersungguh-sungguh.

ToP juga bakal menjadi perlumbaan berbasikal pertama di Malaysia yang akan disiarkan secara ‘live streaming’ untuk tatapan peminat di seluruh dunia.

Jelas Emir, ia akan disiarkan secara menyeluruh bermula dari garisan permulaan sehingga penamat dan mungkin turut membabitka­n tempoh satu jam sebelum dan selepas perlumbaan.

Mengenai perancanga­n ToP, Emir menjelaska­n beliau meletakkan tempoh maksimum tiga tahun untuk menukar status perlumbaan ke peringkat lebih tinggi dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI).

“Edisi pertama perlu berada dalam landasan baik bagi menunjukka­n perlumbaan ini lengkap. Jika penilaian (daripada komisar) bagus, sudah pasti akan memohon untuk menaik taraf ke peringkat seterusnya dan ke peringkat paling tinggi dalam kalendar UCI,” jelasnya.

Menurut Emir, ToP dimiliki sepenuhnya Motoshoot Event Sdn Bhd dengan turun atau naik perlumbaan adalah bergantung sepenuhnya kepada mereka dalam merencanak­an hala tujunya.

Perlumbaan akan bermula di Dungun, Terengganu menyusuri Pahang sebelum melakukan pendakian di Cameron Highlands dengan perlumbaan akan berakhir di Setiawangs­a.

 ??  ?? TOP 2019 tawar wang kemenangan berjumlah
RM329,500.
TOP 2019 tawar wang kemenangan berjumlah RM329,500.
 ??  ?? PERSEDIAN rapi sudah dilakukan menjelang perlumbaan edisi sulung ToP 2019. EMIR (kanan) mahu tempoh maksimum tiga tahun untuk menukar status perlumbaan ke peringkat lebih tinggi.
PERSEDIAN rapi sudah dilakukan menjelang perlumbaan edisi sulung ToP 2019. EMIR (kanan) mahu tempoh maksimum tiga tahun untuk menukar status perlumbaan ke peringkat lebih tinggi.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia