Harian Metro

Hafizh beralih kelas

Sertai pasukan Angel Nieto untuk tempoh semusim tanpa bayaran

- Oleh Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Bukan saja kembali ke Moto2 tetapi pelumba sensasi negara, Hafizh Syahrin Abdullah berdepan situasi lebih sukar apabila bakal mengharung­i tempoh semusim tahun depan tanpa gaji.

Hafizh ketika sidang media semalam mengumumka­n dia bakal beraksi bersama

Saya ambil ia sebagai satu cabaran dan pembakar semangat. Saya mahu buktikan kepada semua pihak bahawa saya mampu memberi saingan tahun depan”

pasukan Angel Nieto musim depan dan kekal bersemanga­t untuk beraksi walaupun tanpa gaji dengan harapan dapat kembali semula ke

MotoGP secepat mungkin.

“Saya ambil ia sebagai satu cabaran dan pembakar semangat. Saya mahu buktikan kepada semua pihak bahawa saya mampu memberi saingan tahun depan. Saya ambil peluang ini walaupun tahu tidak bergaji. Bermakna, saya perlu mencari penaja yang boleh menaja tiket penerbanga­n, penginapan serta kos latihan ketika di luar negara.

“Setakat ini saya belum kira anggaran kos keseluruha­n yang diperlukan,” katanya yang mengikat kontrak selama setahun bersama Angel Nieto dengan sasaran untuk menduduki kelompok lima terbaik.

Hafizh yang pada musim ini beraksi bersama Red Bull KTM Tech 3 di dalam saingan MotoGP berkata, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali adalah individu yang banyak membantuny­a.

“Beliau beritahu sekiranya saya dapat menamatkan musim depan di kelompok lima terbaik, ada peluang untuk saya ke MotoGP tahun seterusnya. Jika di kedudukan 10 atau 15 terbaik, masih kekal beraksi di Moto2. Tapi andai selain keputusan itu, maka karier saya akan berakhir,” katanya.

Pelumba berusia 25 tahun itu juga buat kali pertama meluahkan rasa kecewa dengan jentera KTM yang ditunggang­nya ketika ini.

“Pakej jentera saya dengan Miguel Oliveira (rakan sepasukan) sangat berbeza. Apa yang dijanjikan oleh pasukan tak sama seperti yang saya dapat. Saya terpaksa menggunaka­n enjin yang daripada awal musim tiada sebarang perubahan,” katanya yang sekadar meraih tujuh mata selepas 15 pusingan.

Hafizh Syahrin

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia