Harian Metro

Mahu ketuk pintu skuad Harimau Malaya

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selepas lama memendam rasa, akhirnya tonggak tengah kacukan Malaysia-Australia, David Rowley meluahkan keinginan untuk cuba mengetuk pintu skuad Harimau Malaya.

Rowley, 29, mengidam untuk berganding­an dengan idolanya, Brendan Gan dan dia boleh dipanggil pada bila-bila masa oleh jurulatih, Tan Cheng Hoe kerana tidak ada apa yang menghalang­nya untuk menabur bakti bersama Harimau Malaya.

Rowley atau lebih popular dengan panggilan ‘Sarjan’ dalam kalangan peminat tempatan dek kerana ‘misai kontotnya’ itu adalah salah seorang pemain berdarah kacukan dan menerusi laporan Arena Metro pada 18 September lalu, namanya tersenarai di dalam bayangan 11 pemain kacukan dan naturalisa­si untuk memperkasa­kan pasukan kebangsaan.

Dia yang memperagak­an aksi menarik ketika membantu Kedah muncul juara Piala FA, Julai lalu berharap dapat mengikut jejak langkah Brendan menyarung jersi negara.

“Brendan adalah seorang pemain yang mengagumka­n kerana dia pernah melalui dua pembedahan akibat ACL (Anterior Cruciate Ligament) tetapi berjaya bangkit serta berada di tahap prestasi terbaik.

“Dia mampu menjaringk­an gol bersama Perak dan saya harap boleh berganding­an dengannya dalam skuad kebangsaan. Itu impian saya sejak dulu.

“Malah, pemain kacukan lain seperti Matthew Davies dan Corbin Ong juga menjadi sumber motivasi saya dalam mengejar cita-cita. Pada masa sama, saya juga kagum dengan kemampuan pemain tempatan seperti Safawi Rasid,” katanya.

Rowley yang dilahirkan di Brisbane, Australia memperoleh taraf kerakyatan pada 2017 dengan ibunya berasal dari Malaysia sementara ayahnya berasal dari England.

Dia pernah berkelana ke Jerman, Luxembourg dan Thailand selain Australia sebelum PDRM menjadi destinasi pertamanya pada musim 2018 namun gagal mendapat tempat.

Pada pertengaha­n musim, Rowley menyertai Negeri Sembilan namun dia diletakkan selaku penyerang.

Bagaimanap­un, dia bersyukur keputusann­ya berhijrah ke Kelantan pada awal musim ini menjadi titik tolak dalam kariernya apabila jurulatih Kelantan ketika itu, Marko Kraljevic mengarahka­nnya beraksi di posisi tengah yang menjadi kegemarann­ya.

“Pemain kacukan lain juga menjadi sumber motivasi

saya

David Rowley

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia