Harian Metro

Norshahrul mahu pasukan beri lebih 100 peratus

-

Berbaki sehari menjelang aksi bertemu Vietnam pada kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium My Dinh, Hanoi, esok, pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tidak mahu ada di antara anak buahnya yang cedera.

Cheng Hoe berkata, ketika ini beliau mengharapk­an pemain yang bakal diturunkan di dalam kesebelasa­n utama tidak menjadi ‘korban’ saat akhir dan perlu sentiasa berhati-hati ketika menjalani latihan.

Jika mengikut kepada situasi sebelum ini, Cheng Hoe kehilangan lima pemain akibat kecederaan selepas beraksi bersama pasukan masing-masing pada saingan Piala Malaysia.

Perkara terbabit pastinya menjadi igauan setiap jurulatih apatah lagi dalam usaha mempersiap­kan barisan pemain terbaik untuk menghadapi perlawanan penting.

Kini, beliau mengharapk­an ada ‘magis’ yang ditampilka­n baki pemain ketika melaksanak­an strategi yang direncana.

“Perkara positif ketika ini ialah kami tidak berdepan masalah kecederaan. Cuma saya bimbang ia (kecederaan) mungkin berlaku pada saat akhir. Selain itu, pemain juga perlu fokus dan tidak boleh ada gangguan luar yang mungkin menyebabka­n mereka tidak dapat beraksi dengan baik nanti.

“Motivasi juga berada dalam keadaan baik selepas keputusan menentang Sri Lanka sebelum ini. Saya Kuala Lumpur: Penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha menggarisk­an dua elemen yang dianggapny­a paling penting untuk skuad negara andai mahu membenam cabaran Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi pada kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, malam esok.

Bagi Norshahrul atau Mat Yo, dua elemen berkenaan ialah bersatu dan berikan lebih 100 peratus pada pertemuan itu nanti.

“Keputusan yang dicapai ketika menentang Sri Lanka tidak seharusnya menjadi ukuran. Untuk aksi menentang Vietnam, kita memerlukan komitmen tinggi seluruh pasukan.

“Setakat ini semua pemain berada pada tahap terbaik dengan masing-masing sudah bersedia daripada segi mental dan fizikal.

“Pemain perlu terus fokus dengan mengikut segala perancanga­n jurulatih. Pada saya, jika pasukan bersatu hati dan sentiasa bekerjasam­a, kita pasti mampu mencatat keputusan positif,” katanya.

Selain itu, menurutnya, walaupun rekod sebelum ini lebih memihak kepada

Pemain perlu fokus dan tidak boleh ada gangguan luar yang mungkin menyebabka­n mereka tidak dapat beraksi dengan baik nanti”

Tan Cheng Hoe

Vietnam selain pasukan itu turut berada pada ranking lebih baik, namun ia tidak menghalang Harimau Malaya untuk menang ke atas Naga Emas.

“Memang Vietnam ada kelebihan apatah lagi ada pemain mereka yang beraksi di Eropah, tetapi jika kita fokus dan komited, ia pasti tidak menjadi masalah,” katanya.

Ranking tak halang Harimau Malaya untuk menang ke atas Naga Emas

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia