Harian Metro

Mana RM20,000 kami?

Pasukan wanita Melaka United belum terima wang imbuhan dijanjikan

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Bukan setakat skuad yang beraksi di Liga Super, Piala Presiden dan Piala Belia saja malah pasukan wanita Melaka United yang berjaya menjulang Piala Tun Sharifah Rodziah, Julai lalu turut menjadi mangsa apabila wang imbuhan RM20,000 yang dijanjikan pengurusan tertinggi, masih belum dilunaskan.

Usaha pemain dan pegawai pasukan wanita Melaka untuk mendapatka­n hak mereka seperti yang dijanjikan seolah-olah tidak ‘dilayan’ Persatuan Bolasepak Melaka (Musa) sekali gus membuatkan mereka makan hati dengan apa yang berlaku.

Menurut sumber, pemain dan barisan kejurulati­han termasuk pengurusan pasukan itu dijanjikan imbuhan RM20,000 dan ia turut diumumkan sebaik mereka memenangi kejohanan terbabit.

Bagaimanap­un, hingga kini, apa yang diumumkan itu Kuala Lumpur: Masa depan Hadi Fayyadh Abdul Razak bersama kelab divisyen dua Jepun, Fagiano Okayama dilihat masih samar apabila kontraknya bakal tamat Disember ini.

Pengarah Urusan kelab Fagiano Okayama, Tokuhiko Suzuki berkata, pengurusan kelab akan membuat penilaian menyeluruh mengenai prestasi semasa Hadi sepanjang semusim bersama kelab itu.

“Buat masa ini kami tak boleh nak jelaskan sama ada kontrak Hadi akan disambung atau tidak. Ia bukan membabitka­n Hadi saja malah kontrak semua pemain kami juga masih belum dilanjutka­n.

“Ia (kontrak) bergantung kepada prestasi pemain itu sendiri dan kami juga mahu melihat kedudukan pasukan kami selepas musim ini tamat nanti. Buat masa sekarang kami tak boleh nak cakap apa-apa lagi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Kerjasama antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Fagiano di Bukit Jalil, semalam.

Hadi, 19, sebelum ini mencipta sensasi apabila muncul pemain pertama Malaysia yang beraksi di liga utama Jepun dengan mengikat kontrak selama semusim bersama hanya cakap kosong dan selepas hampir tiga bulan, kantung pemain skuad wanita Melaka masih lagi kosong.

“Pengurusan Musa mengumumka­n imbuhan terbabit atas usaha pemain dan barisan kejurulati­han yang banyak berkorban hingga muncul juara. Semua pemain berkorban masa dan tenaga malah mereka juga berjuang bersungguh-sungguh walaupun elaun tidak seberapa.

“Namun, bila sudah berjanji untuk memberi imbuhan, perkara itu patut ditunaikan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Semalam, Arena Metro melaporkan mengenai Melaka yang berdepan bebanan

hutang mencecah RM8 juta membabitka­n tunggakan gaji pemain dan beberapa perkara lain.

Dengan berbaki hanya 20 hari lagi, Melaka berisiko diturunkan ke Liga Perdana jika gagal menyelesai­kan tunggakan hutang atau mencari jalan penyelesai­an jitu dengan melengkapk­an borang permohonan lesen kelab kebangsaan dan AFC 2020 dengan sempurna.

Kejayaan skuad wanita Melaka menang 3-1 ke atas Kedah menerusi penentuan penalti di final membolehka­n mereka membawa pulang RM50,000 dan tambahan RM5,000 selepas dipilih sebagai pemenang ‘fair play’.

 ??  ?? SKUAD wanita Melaka menang 3-1 ke atas Kedah menerusi penentuan penalti di final dan muncul juara Piala Tun Sharifah Rodziah.
SKUAD wanita Melaka menang 3-1 ke atas Kedah menerusi penentuan penalti di final dan muncul juara Piala Tun Sharifah Rodziah.
 ??  ?? PIHAK pengurusan kelab Fagiano Okayama akan membuat penilaian menyeluruh mengenai prestasi semasa Hadi.
PIHAK pengurusan kelab Fagiano Okayama akan membuat penilaian menyeluruh mengenai prestasi semasa Hadi.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia