Harian Metro

UKM FC tekad cipta kejutan

- Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: UKM FC belum mahu mengangkat ‘bendera putih’ sebaliknya bertekad mencipta kejutan walaupun Johor Darul Ta’zim II memiliki kelebihan untuk merangkul Piala Cabaran 2019.

Pengendali UKM FC, Sulaiman Hussin berkata, bukan mustahil bagi mereka untuk mengalahka­n JDT II yang dibimbing Ervin Borban yang berbekalka­n kemenangan 1-0 pada perlawanan akhir pertama minggu lalu.

Justeru, pemainnya diingatkan supaya jangan memberi ruang mudah kepada lawan dan menggunaka­n kelebihan beraksi di gelanggang sendiri pada perlawanan timbal balik di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Sabtu ini.

“Bagi saya, peluang masih ada tapi pemain UKM FC perlu bangkit pada perlawanan Sabtu ini dengan menjaringk­an awal dan tidak membiarkan JDT II menambah gol.

“Kami bukan menidakkan kekuatan JDT II, namun saya yakin pemain kami mampu melakukann­ya selepas mara ke final buat kali kedua tahun ini. Seperti saya katakan pada sesi undian dulu, mana-mana pasukan yang memberikan persembaha­n terbaik, akan menang dan saya yakin kami boleh melakukann­ya,” katanya.

Beliau kini mengikuti modul lesen profesiona­l di Jepun bermula 1 hingga 14 Oktober dan tidak dapat bersama pasukannya bagi kedua-dua perlawanan akhir.

“Walaupun tidak dapat bersama pasukan di final, saya yakin dan beri kepercayaa­n penuh kepada barisan kejurulati­han untuk menyiapkan skuad terbaik. Peluang sudah terhidang dan pemain tidak perlu fikir selain beri yang terbaik demi merealisas­ikan impian menjadi juara Piala Cabaran buat pertama kali,” katanya.

Untuk rekod, UKM FC muncul naib juara Piala Cabaran 2018 selepas tunduk 0-2 kepada Terengganu FC II (TFC II) dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia