Harian Metro

TIP PUTIHKAN GIGI

-

RAMAI orang inginkan gigi putih bersinar. Tetapi tidak semua tahu kaedah tradisiona­l yang terbukti lebih berkesan berbanding kaedah moden yang banyak menggunaka­n peralatan canggih. Gigi anda pasti tampak lebih putih berseri selepas mengamalka­n tip berikut.

1

Makan makanan rangup

Buah-buahan seperti epal mempunyai asid malik, bahan kimia yang sebenarnya kerap digunakan ketika pemutihan gigi. Sayuran seperti brokoli dan lobak juga agen pemutih gigi secara semula jadi.

Makanan ini boleh mengasingk­an gula dan bahan kimia yang menyebabka­n kotoran dan kaviti.

2

Berkumur selepas makan

Sisa makanan akan melekat di celah gigi selepas anda menghabisk­an hidangan. Cuba berkumur dengan secukupnya untuk membuang sisa terbabit. Cara ini boleh mengelakka­n kotoran atau gigi berlubang. Gigi anda akan tampak lebih berseri dan bebas daripada kotoran.

3

Gunakan strawberi

Cuba gosokkan buah strawberi pada gigi selama seminit. Strawberi bertindak sebagai agen pemutihan

semula jadi pada gigi. Tapi jangan lupa memberus gigi selepas proses itu kerana strawberi juga mengandung­i asid dan gula yang boleh merosakkan gigi.

4

Makan kismis

Kismis mempunyai kelebihan sama seperti sayuran rangup. Ia membantu meningkatk­an kadar pengeluara­n kelenjar air liur. Pengambila­n kismis yang berterusan boleh menghilang­kan plak pada gigi dan menghalang plak daripada terus menjangkit­i gigi.

5

Jadikan susu dan yogurt sebagai diet harian

Pengambila­n susu dan yogurt boleh menjadikan gigi tampak berkilau dan bebas daripada kaviti. Ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia