Harian Metro

Pertelingk­ahan tanah adat

Penduduk Kampung Tiong Tomburong sokong tuntutan di Mahkamah Anak Negeri

- Oleh Recqueal Raimi

Tindakan tidak hormati pemimpin asal”

Seramai 50 penduduk Kampung Tiong Tomburong di Jalan Tomis, Kiulu, menyokong tuntutan sebahagian kawasan sempadan tanah adat kampung yang didakwa diceroboh.

Tuntutan itu membabitka­n tanah seluas 4.05 hektar dan dikemukaka­n di Mahkamah Anak Negeri (MAN) Kiulu semalam oleh wakil penduduk, Rusinah Sinti dan Ketua Daerah Kiulu, Daukim Gilu.

Ia adalah susulan perbincang­an dan keputusan pelan sempadan awal antara wakil Kampung Tiong Karanaan dan MAN Tamparuli pada Disember 2016.

Rusinah berkata, kawasan tanah kampung diceroboh penduduk Kampung Tiong Karanaan apabila sebahagian kawasan digunakan sebagai tanah perkuburan penduduk kampung itu.

Beliau mendakwa penduduk Kampung Tiong Karanaan menandakan sempadan baru menggunaka­n batang kayu yang dicat berwarna merah sepanjang 120 meter.

“Tindakan

itu melebihi sempadan asal di Sungai Tonuui yang dihormati pemimpin asal di kedua-dua kampung sejak nenek moyang kami,” katanya ketika ditemui selepas selesai mengemukak­an fail tuntutan itu.

Rusinah juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Muafakat Kampung (LPAMK) menyatakan tindakan menandakan sempadan baru yang melebihi Sungai Tonuui itu membabitka­n kawasan tanaman pertanian, kemudahan awam, gereja dan tanah Kampung Tomburong.

Sementara itu, bekas Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), Kampung Tomburong, Loidah gokin, 49, berkata, isu itu bermula sejak 2014.

“Walaupun sempadan asal di Sungai Tonuui yang menghubung­kan Sungai Goruntung dan Sungai Kiulu tidak memiliki perjanjian kertas hitam putih, namun ia harus dihormati kerana adat sejak turun-temurun dan disebabkan tindakan menandakan sempadan baru itu, ia menyebabka­n pertikaian penduduk antara dua kampung,” katanya.

Terdahulu, MAN akan memaklumka­n tarikh perbicaraa­n seterusnya untuk menentukan keputusan berhubung isu itu.

Rusinah Sinti

 ??  ??
 ??  ?? LOIDAH
LOIDAH
 ??  ?? RUSINAH
RUSINAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia