Harian Metro

Gaduh dua kumpulan tak dapat rokok

-

Kota Kinabalu: Lapan lelaki yang disyaki terbabit dalam pergaduhan membabitka­n dua kumpulan di sebuah pusat beli-belah di Jalan Coastal di sini, ditahan polis Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, dua kumpulan berkenaan dikatakan bertempur hingga seorang daripada mereka cedera manakala sebuah kereta Proton Iswara rosak selepas dihentak menggunaka­n benda keras.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pergaduhan itu tercetus ketika mangsa yang berusia 24 tahun bersama tiga rakannya melepak di kawasan pantai Tanjung Aru 2.

Katanya, mangsa dan rakannya tiba-tiba didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali meminta rokok daripada mereka.

“Bagaimanap­un, mangsa dan rakannya berkata kepada individu itu mereka tidak ada rokok menyebabka­n lelaki itu berang dan memaki hamun hingga mencetuska­n pertengkar­an antara mereka.

“Mangsa bersama tiga rakannya meninggalk­an tempat kejadian namun dikejar suspek bersama lima lagi rakan suspek,” katanya.

Habibi berkata, mangsa yang memandu kereta Proton Iswara menuju ke sebuah pusat beli belah di Jalan Coastal di sini, dipintas suspek bersama rakannya sebelum menyerang mangsa.

“Akibat kejadian itu mangsa cedera di muka dan badan. Susulan kejadian itu ahli keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Karamunsin­g,” katanya.

Habibi berkata, pasukan polis daripada Cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu menahan lapan lelaki disyaki terbabit dalam pergaduhan itu.

“Semua suspek lelaki berusia 20 hingga 25 tahun dicekup dalam serbuan di bandar raya ini,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN kereta mangsa yang dipecahkan dalam pergaduhan.
KEADAAN kereta mangsa yang dipecahkan dalam pergaduhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia