Harian Metro

Penculik ada buat panggilan

Keluarga mangsa sahkan dua panggilan termasuk tuntutan wang tebusan

- Oleh Norasikin Daineh norasikin_daineh@nstp.com.my

Polis mengesahka­n keluarga mangsa culik menerima dua panggilan termasuk tuntutan sejumlah wang tebusan bagi membebaska­n ketiga-tiga mangsa culik di perairan Tambisan, Lahad Datu, bulan lalu.

Bagaimanap­un, jumlah nilai tuntutan yang diminta kumpulan penculik itu tidak dapat didedahkan polis buat masa ini.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, salah seorang keluarga mangsa warga Indonesia itu menerima panggilan kali kedua daripada suspek pada 30 September lalu.

“Seperti yang dimaklumka­n sudah ada panggilan dibuat oleh suspek dan panggilan terakhir dilakukan terhadap kakak salah seorang mangsa culik yang difahamkan berada di Sandakan.

“Suspek menuntut sejumlah wang tebusan untuk ketiga-tiga mangsa terbabit,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Perhimpuna­n Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah Bagi Bulan Oktober, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Omar berkata pihaknya tidak akan melayan tuntutan berkenaan dan dalam masa sama masih berhubung dengan agensi penguatkua­saan di negara jiran untuk mendapatka­n bantuan.

“Mangsa dipercayai berada di satu kawasan di Selatan Filipina dan kita masih lagi berhubung dengan agensi keselamata­n negara jiran untuk bantuan. Kita tidak akan melayan tuntutan itu,” katanya.

Terdahulu, dalam kejadian 23 September lalu, tiga nelayan warga Indonesia, Maharudin Lunani, 48, dan anaknya, Muhammad Farhan, 27, serta anak saudaranya, Samiun Maneu, 27, diculik sekumpulan tujuh lelaki bersenjata menggunaka­n bot pam ketika menangkap udang di perairan terbabit.

Pasukan keselamata­n negara ini mengenal pasti kumpulan culik untuk mendapatka­n wang tebusan (KFR) yang menculik ketiga-tiga mangsa membawa mereka ke perairan Pulau Tawi-Tawi, selatan Filipina.

Sementara itu, Konsul Republik Indonesia di Tawau, Sulistijo Djati Ismojo ketika dihubungi berkata, pihaknya juga belum menerima maklumat berhubung jumlah wang tuntutan yang diminta penculik.

“Setakat ini kami belum memperoleh perkembang­an kecuali mengenai wang tebusan yang diminta dan ia diperoleh daripada surat khabar.

“Kami berharap pihak Malaysia berusaha membebaska­n mereka dan menurut rekod kami, ini adalah kes yang ke-29 membabitka­n 39 warga Indonesia,” katanya.

Mangsa dipercayai berada di satu kawasan di Selatan Filipina

Omar Mammah

 ??  ?? DR Mohamad Kadim (tiga dari kiri) bertukar dokumen dengan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Megat Mohd Yatim Megat Hamid (empat dari kanan) pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Perjanjian antara Unimas dan Teraju di Kota Samarahan.
DR Mohamad Kadim (tiga dari kiri) bertukar dokumen dengan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Megat Mohd Yatim Megat Hamid (empat dari kanan) pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Perjanjian antara Unimas dan Teraju di Kota Samarahan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia