Harian Metro

Bungkus arak

Cubaan seludup 78 botol minuman keras gagal

- Oleh Hazsyah Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Cubaan menyeludup masuk 78 botol minuman keras dari negara jiran melalui ‘laluan tikus’ untuk pasaran tempatan gagal apabila dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) di Pantai Tagupi, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, minuman keras dianggarka­n bernilai RM3,900 itu ditemui dalam keadaan berbungkus di kawasan pesisiran pantai berkenaan.

Komander PPM Wilayah 4 Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, minuman keras itu dirampas ketika sepasukan anggotanya menjalanka­n rondaan cegah jenayah laut di kawasan berkenaan.

“Kita mengesyaki minuman keras itu belum dibayar cukai kastam dan cuba dibawa masuk dari negara jiran tanpa laluan yang sah untuk dipasarkan di negeri ini.

“Minuman keras berkenaan dirampas dan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak kurang 10 ganda nilai atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, dalam kes berasingan, PPM turut menahan lima pendatang asing tanpa izin (Pati) berusia antara 18 hingga 50 tahun selepas didapati cuba menyeludup keluar dari negara ini melalui Pantai Tagupi, kelmarin.

Mohamad Pajeri berkata, dalam kejadian jam 10.40 malam itu, semua Pati warga Filipina terbabit dipercayai sedang menunggu bot untuk pulang ke negara asal mereka.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati semua lelaki terbabit gagal mengemukak­an dokumen pengenalan diri yang sah dan mereka disyaki sedang menunggu bot yang tidak dikenali untuk dihantar ke Bongao, Filipina.

“Pemeriksaa­n lanjut turut menemui dan merampas tiga motosikal yang ditinggalk­an di pesisir pantai Tagupi, disyaki digunakan untuk mengangkut semua Pati berkenaan,” katanya.

 ??  ?? PPM menahan lima Pati dan merampas tiga motosikal yang ditinggalk­an.
PPM menahan lima Pati dan merampas tiga motosikal yang ditinggalk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia