Harian Metro

Banteras rabies habis-habisan

-

Tatau: Dalam usaha mengekang penularan wabak rabies yang boleh membawa maut, mulai esok (10 Oktober) hingga 16 Oktober, Ops Rabies yang akan diadakan di Daerah Tatau di sini.

Pegawai Tadbir Daerah Tatau, Calvin Ligong Bujang @ Endawie berkata, terlebih dahulu seramai 50 ketua masyarakat sekitar daerah berkenaan dijemput bagi menghadiri Program Kempen Rabies dan Taklimat Ops Rabies Peringkat Daerah Tatau Fasa 1 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Tatau, semalam.

“Melalui program ini, kita bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Veterinar Bintulu memberikan taklimat khas kepada ketua masyarakat.

“Mereka yang terdiri daripada penghulu dan ketua kampung / tuai rumah, dimaklumka­n mengenai peranan mereka terutama melalui Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di kampung masing-masing bagi menangani rabies serta segala operasi dijalankan oleh Jabatan Veterinar.

“Mereka juga dimaklumka­n mengenai suntikan rabies secara percuma buat anjing peliharaan,” katanya.

Menurutnya, kempen kesedaran mengenai rabies harus dijalankan khususnya di peringkat ketua masyarakat.

“Kita

berharap

melalui kempen kesedaran setiap ketua masyarakat dapat berkongsi ilmu atau maklumat berkaitan rabies yang diterangka­n dalam program kempen ini buat setiap penduduk rumah panjang dan juga kampung di bawah seliaan mereka,” tegasnya.

Melalui Ops Rabies itu nanti, sebanyak 13 kumpulan akan bergerak ke kawasan di sekitar Daerah Tatau bagi membantu pemilik anjing mendapatka­n vaksinasi untuk anjing peliharaan mereka.

 ??  ?? CALVIN bersama Ketua Masyarakat sekitar Daerah Tatau hadir pada Program Kempen Rabies dan Taklimat Ops Rabies Peringkat Daerah Tatau Fasa 1, semalam.
CALVIN bersama Ketua Masyarakat sekitar Daerah Tatau hadir pada Program Kempen Rabies dan Taklimat Ops Rabies Peringkat Daerah Tatau Fasa 1, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia