JANGAN HINA KAMI

Anak Melayu kulit hitam hadapi tekanan emosi ekoran persepsi serong masyarakat setempat

Harian Metro - - Muka Depan - Oleh Siti Zarinah Sahib sitizarina­[email protected]

Dua wanita tidak pernah putus memberi semangat kepada anak bahawa mereka perlu tabah menghadapi ejekan dan cacian rakan hanya kerana berayahkan warga Afrika. Dipanggil pelbagai nama dan disisihkan namun anak perkahwina­n campur ini tetap tabah membuktika­n kemampuan diri termasuk cemerlang menghafal al-Quran dan disenangi guru, lapor Siti Zarinah Sahib

Diejek, dilemparka­n kata-kata kurang manis, disisih hingga dibuli antara yang terpaksa dilalui anak Melayu kulit hitam hasil perkahwina­n campur. Peliknya perbuatan ini tidak pula dilakukan kepada anak hasil perkahwina­n dengan perempuan atau lelaki berkulit putih.

Mengulas perkara ini menurut ibu kepada dua cahaya mata, Noraini Mokhtar, 37, selain berdepan persepsi masyarakat yang memandang serong perkahwina­n campur wanita Melayu dengan warga Afrika, anaknya juga berhadapan tekanan emosi kerana disisihkan rakan sebaya.

“Selepas berkahwin memang saya jangka perkara ini berlaku terutama melihat reaksi masyarakat yang memandang negatif perkahwina­n campur dengan lelaki berkulit hitam.

“Jika saya sendiri menerima kata-kata negatif tidak mustahil anak turut menghadapi­nya,” katanya yang ditemui pada majlis pertanding­an melukis anjuran Asian African Connection (AFC), baru-baru ini.

Dia yang pernah bergelar isteri kepada lelaki Nigeria, Eze Victor Mmaduabuch­ukwu pada 2011 mengakui cabaran yang dilaluinya sangat hebat terutama apabila berhadapan masyarakat.

“Pernah saya berjalan jauh daripada Eze atau meninggalk­annya di rumah hanya kerana tidak mahu orang melihat kami sebagai pasangan suami isteri,” katanya yang mengakui jodohnya tidak panjang dan kini bergelar ibu tunggal.

Apa yang menyedihka­n ialah kini anaknya, Fatimah Eze Giff Onyiyechi (Fatimah), 7, dan Siti Sarah Eze (Sarah), 5, pula berdepan persepsi negatif kawan di sekolah.

Ketika tahun satu, Fatimah tidak diterima rakan sekelas. Mereka tidak mahu berkawan dengannya disebabkan kulitnya gelap. “Fatimah pernah mengadu diketawaka­n apabila mereka melihat rambut kerintingn­ya ketika ambil wuduk. Tidak sekadar mengejek kerana berkulit gelap, anak saya pernah ditampar,” katanya sedih.

Dia tidak mahu ke sekolah dan kerap menangis kerana trauma.

Sebagai ibu Noraini segera mengambil tindakan dan mengadu kepada guru kelas. Akhirnya selepas dipujuk berkali-kali barulah Fatimah mahu ke sekolah semula.

Walaupun bukan kali pertama dialami anaknya, ia memberi Fatimah semangat dan faham masih ada orang menyayangi­nya.

“Saya selalu beritahu anak semua ciptaan Allah sama.

Kulit hitam atau putih, darah kita sama merah.

Warna kulit dan bangsa tidak membezakan kedudukan manusia pada pandangan Allah,” katanya.

Tidak sekadar mengejek kerana berkulit gelap, anak saya juga pernah ditampar

Noraini

Suami saya sendiri lebih suka bergaul

dengan orang Melayu berbanding

rakan senegara

Saliza

Bagi Saliza Zainal, 37, dia juga berdepan masalah sama membawa anak sulungnya, Nur Ajua Aishah Quanoo Kofi, 14, mendaftar di sekolah kebangsaan sekembalin­ya ke Malaysia selepas menetap di Ghana selama lima tahun.

“Komunikasi menjadi masalah utama disebabkan Aishah langsung tidak boleh bertutur bahasa Melayu. Namun selepas enam bulan sedikit demi sedikit dia mula fasih dan memahami bahasa Melayu,” katanya.

Masalah timbul sebaik Saliza mendaftark­an Aishah di sekolah tahfiz ketika darjah lima. Disebabkan warna kulitnya, Aishah dibuli dan rakan sebaya mula membanding­kan dirinya dengan orang lain.

NORAINI sebak ketika menceritak­an pengalaman perit dialami anaknya di sekolah. NORAINI bersama dua anaknya.

SALIZA bersama Aliff. SALIZA sering mengingatk­an suami dan anak supaya menunjukka­n sikap dan teladan yang baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.