Harian Metro

Lelaki dijel tiga bulan, denda RM30,000 simpan murai batu

-

Sepang: Seorang lelaki warga Indonesia dihukum penjara tiga bulan dan denda RM30,000 selepas didapati bersalah menyimpan 23 ekor burung murai batu iaitu hidupan liar dilindungi tanpa lesen.

Hakim Mahkamah Sesyen, Tengku Shahrizam Tuan Lah memerintah­kan Patrum, 51, dihukum penjara bermula dari tarikh tangkapan dan jika gagal membayar denda, penjara selama enam bulan.

Terdahulu dalam prosiding berkenaan, tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menyimpan 23 ekor burung murai batu (copsychus malabaricu­s) iaitu hidupan liar yang dilindungi di bawah Jadual Pertama, Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 [Akta 716], tanpa suatu lesen yang melebihi 20 kepala.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Gate Q7, Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) dalam daerah Sepang kira-kira jam 3 petang pada 5 Oktober lalu.

Berikutan itu, tertuduh melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 60(2) Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama akta berkenaan.

Berdasarka­n hukuman, denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih daripada RM50,000 atau dengan pemenjaraa­n selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan), Abd Aziz Mohd Yasin manakala tertuduh diwakili peguam, Zaflee Pakwanteh dan Low Henn Kai.

 ??  ?? PATRUM yang mengaku bersalah menyimpan 23 ekor burung murai batu tanpa lesen dihukum penjara tiga bulan dan denda RM30,000.
PATRUM yang mengaku bersalah menyimpan 23 ekor burung murai batu tanpa lesen dihukum penjara tiga bulan dan denda RM30,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia