Harian Metro

Sindiket curi kereta mewah tumpas

-

Semua kenderaan yang dirampas ini dianggarka­n bernilai RM2 juta dan semua suspek ditahan reman untuk siasatan selanjutny­a”

Noor Azam Jamaludin

Shah Alam: Kurang lima minit diperlukan untuk melarikan sebuah kenderaan mewah oleh ahli sindiket curi kenderaan yang aktif di negeri ini sejak tiga bulan lalu.

Bagaimanap­un, kegiatan penjenayah profesiona­l itu tidak bertahan lama selepas ditumpaska­n Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menerusi Op Lejang Mewah Toda pada pertengaha­n bulan lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, enam suspek lelaki dan dua wanita warga asing berusia 36 hingga 52 tahun dipercayai anggota sindiket berkenaan ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar negeri ini.

Menurutnya, polis turut merampas empat kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan Alphard, selain dua kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Harrier dan Honda CRV serta masing-masing sebuah trak pikup Toyota Hilux dan kereta Toyota Camry.

“Selain itu, polis merampas pelbagai peralatan digunakan sindiket untuk mencuri kenderaan termasuk alat kawalan jauh, alat jammer, smart key programmer, master key, komputer riba dan cukai jalan palsu.

“Semua kenderaan yang dirampas ini dianggarka­n bernilai RM2 juta dan semua suspek ditahan reman untuk siasatan selanjutny­a,” katanya pada sidang media di IPK Selangor di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Noor Azam berkata, mulai Januari hingga September lalu, sebanyak 80 kes kecurian kenderaan mewah dilaporkan berlaku di negeri ini.

Katanya, sehingga kini seramai 15 suspek membabitka­n tiga sindiket ditumpaska­n polis dengan 12 kenderaan mewah yang dicuri ditemui semula.

“Saya ingin menasihatk­an pemilik kenderaan supaya mengambil langkah keselamata­n tambahan termasuk memasang kunci stereng meskipun ketika berhenti pada waktu yang singkat.

“Ia akan menjadikan tugas penjenayah bertambah rumit untuk melarikan kenderaan mangsa,” katanya.

 ??  ?? NOOR Azam (kiri) menunjukka­n kenderaan mewah pada sidang media di IPK Selangor, semalam.
NOOR Azam (kiri) menunjukka­n kenderaan mewah pada sidang media di IPK Selangor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia