Harian Metro

Banduan malang

Penjenayah lari dari tahanan dipenjara semula setahun

- Oleh Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@nstp.com.my

Seorang banduan yang sepatutnya dibebaskan Jumaat ini kembali meringkuk dalam penjara selama setahun selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh semalam, kerana melarikan diri dari Penjara Dusun Dato Murad di sini, Julai lalu.

Muhamad Shukri Khalid, 25, menerima hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Tertuduh sebelum ini menjalani hukuman penjara lima tahun sejak Jun 2016 selepas didapati bersalah menyebabka­n kematian tanpa niat seorang individu dan sepatutnya dibebaskan pada Jumaat ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh adalah tahanan mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan didapati melarikan diri daripada pengawasan anggota Penjara Dusun Dato Murad jam 12.45 tengahari 18 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Asisten Superinten­dan Nora Yaacob memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan banduan lain untuk tidak melakukan kesalahan sama.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanap­un merayu hukuman ringan dengan alasan tidak berniat melarikan diri sebaliknya dia terkenangk­an keluarga di rumah terutama ayah yang sakit.

Muhammad Nazrin dalam penghakima­nnya menjatuhi hukuman penjara setahun bermula selepas hukumannya sebelum ini tamat pada Jumaat ini.

Sebelum ini media melaporkan polis menahan semula seorang banduan yang melarikan diri dari tahanan di Penjara Dusun Dato Murad.

Banduan itu ditangkap semula jam 8.45 malam, tidak sampai 24 jam selepas dia melarikan diri ketika menjalanka­n tugas di Kelab Golf Tiara Ayer Keroh, sekitar 12.50 tengah hari.

Banduan terbabit berasal dari Tanjung Agas, Muar, bekerja di situ di bawah program Banduan Kemahiran Luar Penjara antara usaha sama penjara dengan Kelab Golf Tiara.

Muhamad Shukri sepatutnya dibebaskan Jumaat ini, tetapi ditahan semula

 ??  ?? MUHAMAD Shukri mengaku bersalah atas kesalahan melarikan diri daripada pengawasan anggota penjara di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam.
MUHAMAD Shukri mengaku bersalah atas kesalahan melarikan diri daripada pengawasan anggota penjara di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia