Fikry lega berjaya genggam ijazah

Harian Metro - - Lokal -

Shah Alam: Selepas tiga tahun bertungkus-lumus melengkapk­an pengajian, pelakon dan pelawak, Fikry Ibrahim berjaya menggengga­m segulung ijazah di Istiadat Konvokesye­n Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-91, semalam.

Fikry atau nama penuhnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 25, menerima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Pengiklana­n dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media yang disampaika­n Naib Canselor UiTM, Profesor Dr Mohd Azraai Kassim.

Fikry berkata, dia sepatutnya melengkapk­an pengajian dalam tempoh dua tahun namun selepas melangkah ke industri hiburan, kekangan masa memaksa dirinya membuat penangguha­n pengajian.

“Selepas menyertai rancangan realiti lawak, saya menangguhk­an pengajian selama dua semester (setahun) dan bercadang menangguhk­an lagi kerana jadual kerja yang padat.

“Bagaimanap­un, saya dinasihatk­an pensyarah dan pihak fakulti meneruskan pengajian yang hanya berbaki setahun.

“Alhamdulil­lah, saya teruskan dan berjaya melengkapk­an pengajian serta saya amat bersyukur,” kata pelakon drama Kau Yang Pertama itu.

Fikry antara 1,517 graduan yang menerima ijazah pada sidang kelapan dan sembilan, semalam.

FIKRY menerima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa Pengiklana­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.