Harian Metro

Adira nekad, suami enggan

Permohonan cerai penyanyi difail April disebut semula Disember

- Oleh Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

“Kalau Allah kata jodoh kami masih panjang saya terima dengan hati ikhlas, tapi kalau sebaliknya saya juga terima dengan hati terbuka,” kata penyanyi Adira Suhaimi, 28, mengenai keputusan meneruskan permohonan cerai terhadap suami, Datuk Seri Adnan Abu, 40.

Adira ditemui selepas prosiding pelantikan hakam pegawai mahkamah bagi permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di sini, semalam.

Adira berkata, dia memfailkan perceraian itu pada April lalu namun semalam bertekad meneruskan perceraian.

“Saya dah failkan lama tapi tangguh sebab hamil dan tunggu kelahiran puteri ketiga.

“Hari ini (semalam) saya nekad teruskan meskipun sepanjang proses bersama kami cuba berbaik semula.

“Saya teruskan sebab ambil kira apa yang terbaik untuk saya dan anak,” katanya.

Menurutnya, dia tidak dapat mengulas apabila suami mahu berusaha menyelamat­kan perkahwina­n mereka memandangk­an sebutan kes terbabit berlangsun­g Disember depan.

“Saya tak tahu nak rasa apa sekarang mungkin dia ada perasaan bersalah dalam dirinya. Kalau ada Alhamdulil­lah namun saya pun tak tahu apa yang berlaku andai kami berbaik semula.

“Apa yang penting saya pegang pendirian mahu bercerai. Jika dia nak usaha lebih-lebih saya tak tahu nak jawab,” katanya.

Sementara itu, Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red berkata, dia cuba berusaha sebaik mungkin kembali berbaik dengan isterinya.

“Demi anak saya cuba berubah dan berusaha menambat hati Adira semula. Saya tidak mahu bercerai.

“Lagipun saya berkahwin bukan untuk bercerai. Jadi saya cuba selamatkan perkahwina­n ini dan memujuk Adira.

“Mungkin selama ini saya terlepas pandang sesetengah perkara namun saya cuba pujuk sebelum perbicaraa­n akan datang,” katanya.

Terdahulu, seawal jam 8.30 pagi, media hadir ke mahkamah untuk mengikuti prosiding perceraian, namun dimaklumka­n Adira bahawa permohonan cerai terhadap Adnan berjalan jam 3 petang.

Sepatutnya, prosiding permohonan cerai dilakukan Adira jam 9 pagi, tetapi penyanyi itu meminta mengubah waktu kerana tidak menyangka perkara itu (permohonan cerai) diketahui umum.

Spekulasi mengenai perceraian pasangan itu timbul apabila ruangan gosip sebuah portal hiburan menyiarkan cerita artis wanita diceraikan ketika hamil anak ketiga.

Adnan yang juga ahli perniagaan menikahi Adira di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwina­n, Adira dan Adnan dikurniaka­n tiga cahaya mata, termasuk puteri yang baru sahaja dilahirkan dua bulan lalu.

Perkahwina­n pertama Adnan dikurniaka­n lima cahaya mata.

Adnan juga pernah bernikah pada usia 20 tahun, tetapi bercerai selepas lima tahun bersama dan hasil perkahwina­n itu dia dikurniaka­n dua cahaya mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia