Bakal pengantin mengaku ambil dadah

Harian Metro - - Lokal -

Melaka: Seorang bakal pengantin mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh di sini, semalam atas tuduhan mengambil dadah, Jun lalu.

Rasul Farhan Sutiman, 23, membuat pengakuan sejurus pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Mengikut pertuduhan, Rasul dituduh memasukkan dadah jenis methamphet­amine yang disenaraik­an di Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 ke dalam tubuhnya.

Dia yang dijadualka­n melangsung­kan perkahwina­n bulan depan didakwa melakukan kesalahan itu 17 Jun lalu, jam 4.30 pagi di Balai Polis Tengkera di sini.

Justeru, tertuduh yang bekerja sebagai juruseleng­gara pendingin hawa didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 (Pindaan 2003) dan Seksyen 38 (B) akta sama.

Bagi kesalahan itu tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali dan perintah pengawasan dua hingga tiga tahun.

Terdahulu, prosiding yang dikendalik­an Pegawai Pendakwa Asisten Superinten­dan Nora Yaacob memohon hukuman setimpal kerana tertuduh mempunyai satu rekod kesalahan lampau.

Tertuduh diwakili Peguam Angeline Koh merayu hukuman ringan memandangk­an bakal melangsung­kan perkahwina­n November ini selain menanggung ibu bapa yang uzur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.