Harian Metro

2 tahun pendam hasrat

Bekas pemain bola sepak kebangsaan peluk Islam

- Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

“Sudah lama saya tertarik dengan Islam apabila sering melihat rakan-rakan solat dan menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.

“Kira-kira dua tahun saya memendam hasrat untuk memeluk Islam sebelum hati saya terbuka mengucap kalimah syahadah secara rasmi hari ini (semalam),” kata bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Pahang, R Gopinathan yang mengumumka­n dirinya kembali kepada fitrah.

Beliau ketika dihubungi Harian Metro berkata, keputusan untuk mengucap kalimah syahadah secara rasmi di Pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu (MUIP) Pahang di sini, jam 11 pagi selepas berfikir panjang.

“Saya ditemani ibu saudara dan melafazkan kalimah syahadah di hadapan seorang ustaz. Alhamdulil­lah segalanya berjalan lancar,” kata pemain sayap yang kini beraksi untuk pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) FA.

Pemain berusia 30 tahun itu berkata, hasratnya untuk memeluk Islam sudah diketahui keluargany­a dan diterima baik.

“Sebelum ini, ada tiga empat saudara terdekat saya memeluk Islam, saya banyak perhatikan cara kehidupan mereka selain melihat rakan Islam lain. Bagaimana mereka solat dan menjalani ibadah membuatkan saya tertarik,” katanya.

Gopinathan berkata, selepas menjadi mualaf dia menggunaka­n nama Muhammad Gopi Rizqi bin Rama Chandra. Pada 2016, Gopi menyertai skuad Selangor setelah 6 tahun menyarung jersi skuad Tok Gajah. Beliau kemudian menerima tawaran untuk beraksi dengan skuad Johor Darul Takzim pada 2017.

Saya guna nama Muhammad Gopi Rizqi bin Rama Chandra

R Gopinathan

 ??  ?? GOPINATHAN (kiri) mengucap kalimah syahadah secara rasmi di Pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu (MUIP) Pahang.
GOPINATHAN (kiri) mengucap kalimah syahadah secara rasmi di Pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu (MUIP) Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia