20 pendatang asing tanpa izin ditahan

Harian Metro - - Lokal -

Butterwort­h: Kuil, kedai gunting rambut dan kedai runcit antara enam lokasi serbuan Jabatan Imigresen Pulau Pinang sebelum menahan 20 pendatang asing tanpa izin dalam operasi berasingan jam 10 pagi Isnin lalu.

Dalam serbuan anggota penguat kuasa negeri di kuil Jalan Datuk Keramat itu, enam pendatang asing yang bekerja di situ ditahan.

Pengarah imigresen negeri, Muhamad Husni Mahmud berkata, semua enam lelaki warga India itu tidak mempunyai dokumen perjalanan.

“Hasil pemeriksaa­n, mereka gagal menunjukka­n permit dan dokumen pengenalan sebelum ditahan bagi tujuan siasatan lanjut.

“Mereka dipercayai sudah beberapa bulan bekerja di situ dan siasatan lanjut akan dijalankan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.