Harian Metro

Berdepan masalah orientasi sosial

-

Kuala Lumpur: Anak daripada perkahwina­n campuran berpotensi berhadapan masalah orientasi sosial yang terbatas berikutan tidak diterima orang sekeliling.

Kaunselor Berdaftar Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Fatimah Abdul Ghani berkata, kelainan fizikal yang berbeza dengan keadaan sekeliling membuatkan mereka merasa diri dan terasing.

Menurutnya, mereka berpotensi menerima kesan terutamany­a dari segi emosi, psikologi, kerohanian, pemikiran dan biologi.

“Konflik akan timbul apabila mereka hilang keyakinan diri untuk berinterak­si dengan orang sekeliling.

“Disebabkan itu, mereka tidak suka bergaul dan lebih suka menyendiri berikutan fizikal mereka seperti warna kulit, rambut dan lain-lain berbeza dengan orang yang ada di sekeliling mereka.

“Sekiranya perkara seperti ini berlaku ia perlu ditangani segera supaya tidak menjejaska­n perkembang­an terutamany­a mental anak yang dibuli,” katanya.

Sehubungan itu Siti Fatimah berkata, ibu bapa dan guru perlu menangani dengan bijak serta tidak boleh berat sebelah sekiranya berhadapan situasi seperti ini.

Katanya, guru perlu tahu cara mengendali­kan situasi dimana sekiranya anak murid mereka adalah hasil perkahwina­n campuran.

“Guru perlu melatih semua anak murid menerima rakan mereka tanpa syarat, tanpa melabelkan dan tanpa menghakimi.

“Ibu bapa juga perlu membantu menjelaska­n kepada anak bahawa bangsa di dunia ini tidak tertakluk kepada Melayu, Cina dan India sahaja supaya mereka lebih faham dengan perbezaan bangsa di seluruh dunia,” katanya.

 ??  ?? SITI Fatimah
SITI Fatimah
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia