Harian Metro

Hormat bukan kerana warna

-

“Paling mengguris hati apabila dia dipanggil ‘Busuk. Namun Aishah tidak pernah membalas ejekan mereka. Mujur cikgu sangat memahami tambahan pula Aishah menunjukka­n prestasi cemerlang di sekolah kerana mudah menghafaz al-Quran malah peribadiny­a disenangi semua guru,” katanya.

Selain Aishah, anak kedua Saliza, Mohd Aliff Yaw, 9, turut menerima nasib yang sama di sekolah.

“Namun Aliff menganggap ia hanya gurauan dan tidak berkecil hati jauh sekali membalas ejekan mereka. Penat mengejek, mereka akan diam,” katanya.

Berbanding kanak-kanak lain, bagi Saliza apa yang dihadapi anaknya tidak begitu keterlalua­n. Mungkin raut wajah dan keadaan rambut membuatkan kanak-kanak lain menyangka Aishah dan Aliff keturunan India Muslim yang menyebabka­n mereka kurang dibuli.

Selain cabaran membesarka­n anak, Saliza turut mengakui dia turut menerima pandangan skeptikal masyarakat ketika mula-mula mendirikan rumah tangga dengan Quanoo Kopi pada 2004.

“Mungkin disebabkan cara didikan suami saya di Ghana seperti bercakap lantang dan kasar menyebabka­n masyarakat menganggap semua lelaki kulit hitam sama. Saya selalu katakan kepadanya membiarkan andaian orang pada kita. Apa yang penting kita tunjukkan peribadi yang baik.

“Saya tidak menyangkal ada warga kulit hitam melakukan jenayah, mengganggu anak dara orang dan kasar, yang menyebabka­n timbulnya persepsi negatif. Namun bukan semuanya begitu. Suami saya sendiri lebih suka bergaul dengan orang Melayu berbanding rakan senegara,” katanya.

Ditanya bagaimana boleh tertarik kepada Quanoo, Saliza berkata, inilah jodoh yang ditentukan Allah. Mereka bertemu ketika dia bertugas sebagai jururawat manakala Quanoo pesakitnya. Oleh kerana hanya Saliza fasih berbahasa Inggeris dalam kalangan jururawat menyebabka­n dia terpaksa berkomunik­asi dengan Quanoo setiap hari.

“Bermula dari situ kami sering berhubung sehingga suatu hari dia menyatakan ingin melamar saya. Mulanya ibu bapa tidak bersetuju namun mereka melihat perubahan drastik saya seperti menukar penampilan kepada bertudung dan mendengar kata selepas berkenalan dengan Quanoo. Kami diijabkabu­lkan pada 2004 selepas enam bulan berkenalan,” katanya.

Menurutnya, kita perlu ikhlas menerima seseorang, tidak kira apa bangsa dan warna kulit mereka apatah lagi jika saudara seagama. Jika kita boleh menerima anak yang kulit cerah, mengapa kita memandang rendah si kecil yang dikurniaka­n kulit gelap?

Jangan kerana sikap jahil kita, jiwa anak ini merana. Tidak kira apa pun warna kulit kita, gelap atau cerah, semuanya datang daripada Allah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia