170 dipindah

Harian Metro - - Lokal - Oleh Safuri Kamarudin

Jumlah mangsa banjir yang ditempatka­n di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini hingga petang semalam seramai 170 orang.

Pegawai Sekretaria­t Pengurusan Bencana Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, mangsa daripada 56 keluarga itu masih ditempatka­n di PPS Dewan Tun Abdul Razak dan Kompleks Rakan Muda Batu 42 di Mukim Siong dan Mukim Bongor.

Semua mangsa masih di (PPS) berikutan banjir belum pulih dan keadaan air Sungai Ketil masih di paras bahaya.

“Antara kampung yang dilanda banjir adalah Kampung Tanjung Merbau, Kampung Banggol Serdang, Kampung Charok Sikin, Kampung Datuk, Kampung Lubuk Pedati dan Kampung Bendang Sera.

“Mangsa di kampung ini mula dipindahka­n awal pagi tadi (semalam) apabila air naik sehingga paras satu meter,” katanya.

Penduduk, Rahmah Ahmad,75, berkata, dia mulai berpindah ke PPS pada jam 2 pagi apabila air separas satu meter di dalam rumah.

“Ketika itu saya sedang tidur sebelum dikejutkan anak dan dibawa ke tempat selamat.

“Kali ini air naik dengan cepat dan tidak sempat menyelamat­kan,” katanya.

Katanya, banyak barang tidak dapat diselamatk­an seperti perabot dan peti sejuk.

Sementara itu di Sik, seramai 50 penduduk daripada lima kampung di Mukim Teloi, dilanda banjir kilat awal pagi semalam.

Antara kampung terjejas ialah Kampung Sungai Pau, Kampung Charok Padang, Kampung Tanjung Besar, Kampung Kemelong dan Kampung Titi Semang.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Leftenan Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, hujan lebat berterusan sejak jam 6 petang kelmarin selama tiga jam menyebabka­n air mula melimpah memasuki rumah penduduk sekitar jam 12 tengah malam.

MANGSA yang ditempatka­n di Pusat Pemindahan Sementara di Kompleks Rakan Muda Batu 42.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.