Harian Metro

Tiada lagi lanjutan

Penguatkua­saan e-hailing tetap dikuat kuasa pada 12 Oktober ini

- Oleh Hairulazim Mahmud azim@hmetro.com.my

“Penguatkua­saan e-hailing akan tetap dilaksanak­an pada 12 Oktober ini, tiada perubahan,” kata Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook.

Sehubungan itu pihaknya tidak akan melayan sebarang permintaan untuk melanjutka­n tarikh berkenaan kerana operasi perkhidmat­an itu tidak akan terganggu.

Katanya, isu penukaran kod kenderaan ke AH (e-hailing persendiri­an) dan mencetak Permit Kenderaan E-hailing (eVP) tidak perlu dilakukan oleh pemandu atau pemilik kenderaan terbabit.

“Pemilik dan pemandu kenderaan e-hailing tidak perlu hadir ke Jabatan Pengangkut­an Jalan

(JPJ) bagi tujuan ini kerana sudah dilaksanak­an melalui saluran maklumat eVP oleh APAD (Agensi Pengangkut­an Awam Darat), LPKP (Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n) Sabah dan LPKP Sarawak.

“Maklumat itu akan ditukar secara automatik kepada kod AH dalam mySIKAP oleh JPJ.

“Selain itu kod terbabit hanya untuk kegunaan dalaman pentadbira­n sistem mySIKAP dan tidak akan dicetak dalam geran hak milik kenderaan atau tertera dalam mana-mana dokumen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di kementeria­nnya di sini, semalam.

Sebelum ini, operator e-hailing seperti Grab mempersoal­kan dua peraturan baharu JPJ iaitu penukaran kod kenderaan kepada AH dan pemandu mesti mencetak eVP dengan berurusan di kaunter JPJ.

Mereka mendakwa tidak mempunyai masa yang cukup untuk berbuat demikian sekiranya peraturan itu dikuatkuas­akan Sabtu ini.

Kod AH antaranya adalah untuk JPJ mengenal pasti kenderaan persendiri­an individu dan e-hailing.

Selain itu, ia untuk memastikan ia menjalani pemeriksaa­n Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (Puspakom).

Dalam pada itu, Loke berkata, JPJ tidak akan terus memeriksa semua kenderaan e-hailing pada hari pertama penguatkua­saannya.

Sebaliknya, katanya, pihak berkuasa melaksanak­an penguatkua­saan secara berperingk­at untuk memberi peluang kepada pemandu dan pemilik e-hailing mematuhi semua peraturan yang ditetapkan.

“Seperti EVP, ia tidak perlu atau tak semestinya dicetak kerana semua maklumat sudah ada dalam sistem, cuma jika untuk kemudahan pemandu, mereka boleh mencetakny­a sendiri di rumah,” katanya.

Kod terbabit hanya

untuk kegunaan pentadbira­n sistem mySIKAP Anthony Loke

Siew Fook

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia