Harian Metro

Tiada SOP tertentu

- Oleh Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@hmetro.com.my

Tiada kelulusan berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak bernilai RM160 juta dan ratifikasi pembelian mengikut had pelaburan RM100 juta diminta Felda Investment Corporatio­n Sdn Bhd (FICSB) di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Felda.

Bekas Pengarah Besar Felda, Datuk Hanapi Shuhada, 62, berkata, beliau hadir pada mesyuarat yang dipengerus­ikan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad itu namun tiada sebarang kelulusan berhubung pembelian hotel berkenaan diminta ahli lembaga pengarah FICSB.

“Mohd Isa mempengeru­sikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah itu dan boleh membuat keputusan dalam mesyuarat berkenaan serta boleh menentukan sekiranya kertas kerja cadangan boleh dibentangk­an dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah atau tidak,” katanya.

Hanapi berkata, walaupun tiada prosedur operasi standard (SOP) tertentu ditetapkan untuk mendapatka­n kelulusan sekiranya pelaburan melebihi mandat, ahli lembaga FICSB perlu membentang­kan kertas kerja.

“Kebiasaann­ya kertas kerja yang mengandung­i latar belakang dan pandangan pakar mesti dibentangk­an kepada ahli lembaga Felda.

“Kemudian barulah dibuat cadangan untuk diluluskan,” katanya.

Saksi pendakwaan kelima itu berkata demikian pada perbicaraa­n hari ketiga terhadap Mohd Isa berhubung kes pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta yang dihadapiny­a, semalam.

Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz adakah Pengerusi Felda boleh tentukan sama ada kertas kerja boleh dibentangk­an dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah Felda atau sebaliknya, Hanapi berkata boleh.

Menurutnya, sekiranya perlu, beliau akan memberi pendapat terhadap kertas kerja yang dibentangk­an dan kemudian akan akur dengan sebarang keputusan Pengerusi Felda.

Dalam keterangan­nya juga, Hanapi berkata, sepanjang dilantik menjadi ahli lembaga pengarah Felda, mandat pelaburan RM100 juta tidak pernah dimansuhka­n atau ditarik balik. Hanapi turut bersetuju dengan peguam Datuk Sallehudin Saidin yang mewakili Mohd Isa bahawa SOP di FICSB hanya diwujudkan selepas isu pembelian hotel berkenaan timbul.

Katanya, sebelum ini ahli lembaga pengarah FICSB membuat keputusan mengikut cara tersendiri.

“Terpulang pada anak syarikat termasuk FICSB untuk maklum mengenai permohonan sedang dibuat atau untuk mendapatka­n kelulusan,” katanya.

Pada 14 Disember 2018, Mohd Isa mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta bagi meluluskan pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak oleh FICSB.

Beliau didakwa melakukan perbuatan pecah amanah di Tingkat 50, Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC pada 29 April 2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Tiada kelulusan pembelian hotel diminta ahli lembaga

pengarah FICSB

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Isa
MOHD Isa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia