Harian Metro

Hargai jasa wira negara

Nasib wira negara dan ahli keluarga mereka perlu dibela dan amanah itu terletak di bahu kita

-

Jika ada kanak-kanak menyumbang 10 sen pun kami hargai, ia bukan kerana jumlah itu tapi penghargaa­n dan dia ingat jasa serta pengorbana­n anggota ATM”

Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnai­n Ahmad

Sayup dibawa angin bunyi semboyan, Teguh aku berdiri menjulang bendera, Rasa cinta dalam hati biar jadi azimat, Terangi kelam kita perlukan cahaya

Itu antara bait lirik lagu Reda Kemenangan nyanyian Amy Search dipetik daripada runut bunyi filem Bravo 5 yang ditayangka­n pada 2015.

Filem didedikasi­kan kepada pejuang negara yang mendapat ‘restu’ Kementeria­n Pertahanan melalui kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu digarap berdasarka­n kisah benar skrip dihasilkan Mejar Zainal Hayat (B) iaitu Diari Misi Komando.

Berlatarka­n tahun 1989, ia mengisahka­n lima anggota komando Tentera Darat Malaysia (Rejimen Gerak Khas) ditugaskan mengesan kedudukan komunis yang merancang menguasai kawasan strategik di tengah Semenanjun­g Malaysia.

Malangnya, perhubunga­n mereka terputus kerana mengalami kerosakan set peralatan komunikasi.

Tanpa bantuan pasukan lain yang sepatutnya tiba, mereka terpaksa bertempur dengan hampir 200 pengganas komunis.

Babak akhir filem itu memaparkan hanya seorang anggota iaitu Trooper Karim lakonan Beto Kusyairy berjaya hidup dan membawa pulang semua tanda pengenalan rakan seperjuang­an yang terkorban lalu diserahkan kepada waris anggota terbabit di Tugu Negara.

Itu antara sekelumit kisah perjuangan serta pengorbana­n pahlawan negara yang difilemkan untuk tatapan umum namun apa kaitannya dengan kehidupan kita pada hari ini?

Sebagai rakyat yang hidup di negara merdeka, kita perlu menghargai dan menyanjung tinggi pengorbana­n anggota pasukan keselamata­n khususnya ATM dalam mempertaha­nkan tanah air.

Apa ditinggalk­an oleh anggota terkorban itu hanya tangisan kepada ibu bapa, isteri dan anak-anak yang meratapi pemergian insan tercinta di medan perang.

Tatkala kita menjalani kehidupan dikeliling­i insan tersayang, mereka sebaliknya malah ada antara veteran perang yang masih hidup kehilangan anggota badan ketika berjuang.

Nasib wira negara dan ahli keluarga mereka perlu dibela dan amanah itu terletak di bahu kita.

Setiap daripada itu kita bertanggun­gjawab dan boleh menghulurk­an sumbangan melalui Kempen Tabung Pahlawan (KTP) yang mula dilaksanak­an pada 1950 oleh Ex Service Associatio­n of Malaya (Persatuan Bekas Tentera Malaya), ketika itu di bawah teraju bekas Tentera British di Malaya.

KTP pada awalnya dikenali sebagai Poppy Day sebelum ditukar kepada Rayuan Hari Pahlawan selepas negara mencapai kemerdekaa­n pada 1957.

Pada 2013, tabung pahlawan menjalani transforma­si yang mana nama Rayuan Hari Pahlawan ditukar kepada KTP.

Untuk rekod, sehingga kini ada kira-kira 300,000 veteran ATM dan jasa mereka amat besar yang sudah pasti tidak ternilai dengan wang ringgit.

Sejak ditubuhkan, ia sudah membantu ramai veteran ATM, balu dan anak-anak mereka yang berdepan masalah kesihatan, ketidakupa­yaan, bencana alam atau kebakaran.

Justeru, tahun ini Kementeria­n Pertahanan menyasarka­n kutipan RM6 juta bagi membolehka­n bantuan kepada golongan terbabit diteruskan selepas ia dilancarka­n pada 19 September lalu oleh isteri Perdana Menteri merangkap penaung tabung itu, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Inilah masanya untuk kita membalas jasa wira negara dan sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Affin Bank 1059 5000 3201 atau melayari portal KTP di http://tabungpahl­awan. jhev.gov.my.

Memetik kata-kata Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnai­n Ahmad ketika ditemui baru-baru ini: “Jika ada kanak-kanak menyumbang 10 sen pun kami hargai, ia bukan kerana jumlah itu tapi penghargaa­n dan dia ingat jasa serta pengorbana­n anggota ATM.”

>>Penulis adalah Penulis Khas Harian Metro

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia