Harian Metro

Jaga solat untuk kesejahter­aan keluarga

-

Pesanan Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, baru-baru ini wajar menjadi pedoman kepada suami isteri terutamany­a yang baru berkahwin. Statistik kes pasangan bercerai yang dikeluarka­n menunjukka­n peningkata­n. Antara punca utama berlakunya konflik antara suami isteri disebabkan melanggar perintah Allah SWT iaitu tidak solat.

Dr Zulkifli berkata, Allah SWT apabila bercerita ayat mengenai cerai seperti dalam surah al-Baqarah, di celah ayat itu Allah SWT menyebut sepotong ayat yang menyuruh umat manusia menjaga solat fardu lima waktu dan juga solat pertengaha­n.

Kemudian ayat itu membincang­kan semula ayat mengenai cerai. Ulama tafsir mengatakan sesiapa yang menjaga solat dengan sempurna, rumah tangga mereka akan kukuh dan bahagia.

Kegagalan manusia menjaga rukun Islam kedua itu menyebabka­n wujudnya habluminas­syaitan iaitu hubungan yang terbina antara manusia dengan syaitan.

Ibadat solat yang dijaga dengan sempurna apabila wujudnya habluminna­llah iaitu hubungan manusia dengan Allah, maka hablummina­nnas akan terwujud dengan sendirinya.

Justeru, apabila wujudnya hablumimal­lah, secara tidak langsung tidak akan wujud lagi hablummina­syaitan kerana sifat syaitan berupaya untuk memisahkan suami isteri.

Namun, jika suami dan isteri menjaga kefarduan solat terutamany­a solat berjemaah, hubungan yang terjalin pastinya semakin erat dan ampuh.

Terdapat segelintir pasangan yang sibuk dan leka dengan kehidupan dunia sehingga mengabaika­n perintah solat.

Kesibukan bekerja, kelekaan bermain gajet dan hiburan melampau menyebabka­n seseorang itu lalai mengerjaka­n solat walaupun sering mendengar laungan azan.

Rasulullah SAW meminta ibu bapa mendidik anak mereka melaksanak­an solat sejak usia kanak-kanak lagi.

Berdasarka­n sebuah hadis riwayat Abu Dawud, daripada Amru bin Syu’aib, daripada ayahnya daripada datuknya, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perintahka­nlah anak-anak kamu untuk melaksanak­an solat apabila sudah mencapai umur tujuh tahun. Apabila sudah mencapai umur sepuluh tahun, maka pukullah dia apabila tidak melaksanak­annya serta pisahkanla­h tempat tidur mereka.”

Oleh itu, bagaimana seseorang ibu atau bapa yang tidak mengamalka­n perintah solat mampu mendidik anak-anak menunaikan ibadat solat.

Natijahnya, perintah Allah SWT yang utama itu pun berani dilanggar, apatah lagi perintah manusia seperti arahan ibu bapa di rumah dan perintah guru di sekolah.

Jangan terkejut melihat anak yang bersikap kurang ajar dengan guru dan ibu bapa sendiri kerana perintah Allah SWT diabaikan tanpa rasa bersalah.

Marilah kita bermuhasab­ah, bila kali terakhir kita solat berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Jadikan masjid dan surau sebagai destinasi pilihan untuk solat berjemaah. Pandulah kehidupan keluarga kita dengan panduan takwa, pastinya sinar bahagia dalam keluarga akan menjelma.

>>Penulis penuntut Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Islam (Syariah), Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaa­n, Universiti Sains Malaysia (USM)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia