Harian Metro

Anak tak merungut

14 beranak dihimpit kemiskinan dapat bantuan Harian Metro

- Oleh Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@ hmetro.com.my

Meskipun dihimpit kemiskinan hidup, perasaan malu untuk meminta bantuan sangat menebal dalam diri Mohamad Yusoff Edwan, 50, namun dia bersyukur kerana 12 anaknya tidak pernah merungut walaupun mereka sekeluarga makan nasi goreng kosong sepanjang hari.Menurutnya, sudah biasa hidup dalam serba kekurangan mungkin menjadi faktor mengapa anaknya tidak banyak kerenah.

“Anak saya paling kecil berumur 6 tahun, paling besar 25 tahun, Alhamdulil­lah, mereka tidak merungut biarpun hanya makan nasi goreng kosong setiap hari.

“Sekurang-kurangnya kami masih ada makanan,” kata Mohamad Yusoff yang mempunyai 12 anak.

Yusof dan isteri, Zaiton Mat Sam, 47, sebelum ini mendapat perhatian akhbar Harian Metro yang memaparkan mereka hidup serba kekurangan di rumah flat sempit.

Menurutnya, kini enam anaknya tidak lagi bersekolah dan ada yang bekerja sepenuh masa selain bekerja sambilan.

Katanya, ibu bapa mana tidak mahu anak mereka berjaya dan dia sentiasa mahu memberikan kehidupan terbaik untuk keluarga namun kemampuan tidak setara keinginann­ya.

“Enam lagi anak saya bersekolah, saya harap mereka dapat teruskan dan saya diberi kekuatan untuk terus mencari rezeki.

“Faham sajalah, untuk menyekolah­kan anak di zaman ini pun bukan murah. Tapi anak saya tidak pernah tarik muka jika saya tidak dapat berikan duit poket kepada mereka untuk ke sekolah,” katanya sambil berterima kasih kepada akhbar ini yang membantu mereka.

Keluarga itu dikunjungi skuad Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) di rumahnya di Flat PPR Desa Tun Razak, di sini, semalam.

Pelbagai sumbangan makanan, keperluan harian dan wang tunai yang keseluruha­nnya bernilai RM1,000 disampaika­n kepada keluarga terbabit.

Sumbangan disampaika­n Pengarang Eksekutif Pengeluara­n Harian Metro Ahmad Shukri Sulaiman dan wakil Hospital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpur Norfarahan­is Noor Zeri.

Sementara itu, Pengerusi TKHM Husain Jahit berkata, sejak kisah keluarga ini disiarkan di Harian Metro, beberapa pihak tampil untuk membantu dan diharapkan lebih banyak pihak memainkan peranan menyokong masyarakat yang dihimpit kemiskinan.

“Setiap kali kita siarkan kisah masyarakat kurang bernasib baik dan hidup dalam kesempitan, kita harap akan ada pihak yang sudi membantu mereka.

“Mereka bukan hanya memerlukan bantuan makanan, pakaian dan wang tunai malah bantuan moral juga penting,” katanya.

Beliau turut berharap pihak sekolah memainkan peranan lebih besar dalam memupuk minat dan motivasi anak-anak Mohamad Yusoff dan Zaiton untuk ke sekolah kerana dibimbangi masa depan kanak-kanak ini terjejas sekiranya terus keciciran dalam pelajaran.

Pada 3 Oktober lalu, akhbar ini memaparkan kisah hidup pasangan yang mempunyai 12 anak di flat sempit dengan Mohamad Yusoff hanya bekerja sebagai pengawal keselamata­n berpendapa­tan kira-kira RM1,000 sebulan manakala isterinya membantu membuat kuih.

 ?? FOTO: KHAIRUL AZHAR AHMAD ?? AHMAD Shukri (lima dari kanan) dan Husain (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan barangan kepada Mohamad Yusoff, semalam.
FOTO: KHAIRUL AZHAR AHMAD AHMAD Shukri (lima dari kanan) dan Husain (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan barangan kepada Mohamad Yusoff, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia