Tiga mengaku tidak bersalah samun berkawan

Harian Metro - - Lokal -

Melaka: Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, semalam atas pertuduhan melakukan samun berkawan bersenjata, bulan lalu.

Mohamad Rashid Roslan, 23, Muhamad Ferdaus Jamaludin, 28, Md Khairul Subri, 37, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan samun berkawan bersenjata­kan pisau dan besi panjang ke atas mangsa berusia 33 tahun dengan merampas beg tangan berisi barangan peribadi.

ANGGOTA polis mengiringi tertuduh di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.