Lubang kumbahan lokasi budak maut tangki persendiri­an

Harian Metro - - Lokal -

Ipoh: Tangki kumbahan lokasi kejadian kanak-kanak berusia tiga tahun yang maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam lubang berkenaan adalah jenis tangki septik komunal (persendiri­an) untuk penduduk di kawasan Kuarters Balai Polis Pasir Puteh, Ipoh.

Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd dalam kenyataann­ya menjelaska­n, kejadian itu di bawah siasatan pihak polis namun IWK sedia bekerjasam­a sekiranya diperlukan pihak berkuasa.

Jurucakap Jabatan Komunikasi Korporat IWK Sdn Bhd berkata, berdasarka­n lawatan IWK ke tapak kejadian kelmarin, lubang kumbahan itu adalah tangki persendiri­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.