‘Dia tiada jawatan’

Harian Metro - - Lokal - Oleh Nasharuddi­n Muhammad dan Murni Wan Omar [email protected]

Jho Low menjadi satu-satunya penghubung antara saya, 1MDB dengan Najib”

Shahrol Azral Ibrahim Halmi

Mahkamah Tinggi di sini, semalam diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low menjadi satu-satunya penghubung di antara 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dengan pemegang saham tunggal 1MDB, Menteri Kewangan Diperbadan­kan (MKD).

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Shafee di dalam prosiding di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah mempersoal­kan peranan Jho Low dalam mesyuarat 1MDB. SHAFEE: Apa jawatan Jho Low dalam 1MDB? SHAHROL: Dia tiada jawatan rasmi dalam 1MDB. SHAFEE: Jadi, apa peranan dia sebenarnya?

SHAHROL: Jho Low menjadi satu-satunya penghubung antara saya, 1MDB dengan Najib.

SHAFEE: Pada 2009, siapa pemegang saham 1MDB? SHAHROL: Satu-satunya pemegang saham 1MDB adalah Menteri Kewangan Diperbadan­kan (MKD).

Sementara itu, saksi kesembilan terbabit memberitah­u mahkamah bahawa beliau tidak tahu sama ada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin (ketika itu adalah Yang Di-Pertuan Agong ke-13) murka kepada Jho Low atau tidak dalam isu membabitka­n bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) dan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA). SHAFEE: (Merujuk kepada pertemuan Shahrol dengan Sultan Mizan di Istana Terengganu berhubung arahan pembatalan bon IMTN). Kamu dengar baginda menyebut unsavoury character (karakter yang tidak menyenangk­an). Apa lagi baginda kata?

SHAHROL: Sebenarnya saya tidak mendengar ayat penuh, saya hanya ‘tangkap’ dua perkataan itu saja. SHAFEE: Adakah baginda murka dengan kamu? SHAHROL: Saya rasa tidak. SHAFEE: Adakah baginda murka dengan Tan Sri Ismee Ismail?

SHAHROL: Saya rasa tidak. SHAFEE: Adakah baginda murka dengan adindanya? SHAHROL: Saya tidak boleh berkata apa-apa tentang itu.

SHAFEE: Kamu rasa baginda merujuk kepada Jho Low?

SHAHROL: Melihat keadaan sekarang, ada kemungkina­n. Tambahan pula selepas apa yang saya tahu membabitka­n Aktis Capital Singapore Limited dan Country Group.

SHAFEE: Kamu rasa baginda tahu berhubung transaksi itu?

SHAHROL: Mungkin tetapi ini hanya spekulasi. SHAFEE: Ketika itu kamu tidak tahu sama ada baginda murka terhadap Jho Low? SHAHROL: Sekarang pun saya tidak tahu. Ini adalah spekulasi, saya tidak boleh bercakap bagi pihak baginda.

Menjawab soalan lain Shafee berhubung riak wajah Najib selepas beliau memaklumka­n berhubung permintaan Sultan Mizan untuk membatalka­n terbitan bon IMTN, Shahrol berkata, Najib hanya biasa.

SHAFEE: Kamu pergi berjumpa Najib pada malam itu (selepas pertemuan di Istana Terengganu), kamu dakwa Najib berkata akan bercakap dengan Sultan Mizan. Adakah itu saja yang dia tanya?

SHAHROL: Dia ada bertanya saya beberapa soalan. SHAFEE: Adakah Najib kelihatan bingung apabila mengetahui baginda murka? SHAHROL: Reaksinya biasa. Saya tidak ingat dia bingung.

SHAFEE: Saya cadangkan kamu sebenarnya salah apabila mengatakan bahawa ketika pertemuan ini, Jho Low ada bersama?

SHAHROL: Apa yang saya ingat dia ada, sebab dia selalunya ada dalam banyak pertemuan tetapi saya mungkin salah.

SHAFEE: Saya bertanya kerana dalam keterangan Ismee sebelum ini (dalam perbicaraa­n membabitka­n penyelewan­gan dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd) tidak menyebut kehadiran Jho Low.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.